fbpx

“Khadijah AlKubraa”, Nama Anak Perempuan Saharul Ridzwan Sempena Nama Isteri Rasulullah

Sebut sahaja tentang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan kira-kira 8 tahun yang lalu, pasti semua sudah sangat mengenali pelakon popular yang menjayakan watak tersebut iaitu Saharul Ridzwan.

Baru-baru ini, Saharul dan isterinya, Deena Amir telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka, bayi perempuan. Perkongsian terbaru mengenai nama anak perempuan Saharul Ridzwan itu telah mengundang ramai perhatian warganet.

Nama anak perempuan Saharul Ridzwan, “Khadijah AlKubraa”

anak perempuan saharul ridzwan

“Bismillahirrohmanirrohim..

Doa buat seorang lagi putriku

اَللَّهُمَّ امْلَأْ قُلُوْبَ أَوْلَادِنَا نُوْرًا وَحِكْمَةً وَأَهْلِهِمْ لِقَبُوْلِ نِعْمَةٍ وَاَصْلِحْهُمْ وَاَصْلِحْ بِهِمُ الْأُمَّةَ

“Ya Allah, isilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba Mu yang layak untuk menerima nikmat Mu, dan perbaiki diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka.”

Semoga Allah lindungi anak-anak saya dan tuan puan, dunia akhirat. Amin Ya Allah. Salam Jumaat semua.

Perkongsian ini telah dimuat naik oleh Saharul Ridzwan sendiri di laman Instagram peribadi miliknya selepas tujuh hari kelahiranya puteri mereka itu.

Dalam perkongsian yang lain yang telah dimuat naik oleh Deena pula di laman Instagram juga:

anak perempuan saharul ridzwan

Bismillahirahmanirahim. BismillahiMasyaAllah. MasyaAllah Tabarakallah.

Assalammualaikum.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semalam genap 7 hari kelahiran puteri solehah ke dua kami, telah selamat ditahniqkan dan di cukur rambutnya serta diberi nama. Alhamdulillah.

Nama diberi,

Khadijah Alkubraa

Sempena nama isteri Baginda Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah Al-Kubra RA, ketua bidadari syurga.

Semoga anak solehah ini, Khadijah Alkubraa membesar dengan sihat, pintar, baik ahlak serta rupa parasnya, disayangi dan disenangi ramai, menjadi hafizah Quran, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT

Aamiin Allahumma Aamiin.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3371)

Saharul dan Deena telah mendirikan rumah tangga pada September 2016. Dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahara, 3.

Ruangan komen penuh dengan pujian dan doa dari netizen

Gambar dan kapsyen yang dimuat naik baru beberapa jam itu sudah mendapat ratusan komen dan ribuan view dari ramai followers serta warganet yang mengikuti perkembangan pasangan sama cantik, sama padan ini.

“Masya Allah indahnya nama. Amin Ya Allah Ya Mujib.”

anak perempuan saharul ridzwan

“Semoga Khadijah Alkubraa menjadi anak yang solehah.”

“Semoga Khadijah membesar menjadi seorang yang hebat seperti Saidatina Khadijah Alkubra.”

“Masya Allah.”

“Masya Allah. Sipi-sipi pun dah cantik. Secantik namanya Ya Allah. Teringin nak baby girl juga.”

Semoga kelahiran anak perempuan Saharul Ridzwan yang kedua ini menjadi penyeri dan penyejuk bagi rumah tangganya dan isteri. Didoakan juga Khadijah Alkubraa diberi kesihatan yang baik, membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayahnya.

Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Shopping cart