Wanita Tolong “Take Note” 10 Tips Wajib Bila Melancong Solo Di Dalam atau Luar Negara (Serta Panduan Checklist Travel)

Ramai kaum wanita pada hari ini sangat gemarkan melancong solo untuk melepaskan stress atau sekadar suka-suka kerana mencuba. Sungguhpun panduan melancong secara solo ini bersifat umum bagi semua, tetapi kaum wanita lebih banyak aspek yang perlu dipatuhi.

Hal ini tidak lain hanya untuk memastikan keselamatan mereka ditahap yang terbaik sama ada ketika berada di dalam atau luar negara. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tips wajib bila melancong solo khusus untuk semua wanita.

Panduan untuk melancong solo yang selamat

Melancong bukan sahaja tentang keseronokan dan kegembiraan semata-mata, kerana dalam kita bercuti sekalipun kita tetap perlu pastikan semuanya dalam keadaan selamat dan siap.

Apatah lagi bagi kaum wanita yang mahu melancong solo untuk healing katanya. Risiko mengembara bersendirian tentunya lebih tinggi berbanding berkumpulan.

Berikut ini kami sediakan panduan yang sangat berguna untuk anda aplikasikan jika bercadang untuk melancong solo.

1. Buat perancangan awal

melancong solo

Perancangan bermula seawal kita merancang untuk melancong lagi. Pemilihan destinasi mestilah dipilih secara bijak dengan memilih yang “mudah” terlebih dahulu.

Mudah yang dimaksudkan in adalah dari segi infrastruktur pelancongan dan pengangkutan awam yang baik, serta tahap kebersihan dan keselamatan yang tinggi.

Dalam masa yang sama, rancang semuanya dengan terperinci dengan mengambil kira sebarang kemungkinan yang boleh berlaku. Bayangkan kita benar-benar sudah berada di destinasi tersebut.

Fikirkan juga pencegahan dan solusi bagaimana jika berhadapan dengan bahaya sepeti “pickpocket”, dan sebagainya.

2. Kaji tempat destinasi yang mahu dikunjungi

melancong solo

Selesai tugas memilih destinasi untuk kita kunjungi, seterusnya buat kajian terperinci tentangnya. Kita boleh gunakan cara dengan membaca travel guide, ulasan blogger-blogger wanita tentang tempat tersebut, bertanyakan soalan di forum online, atau komuniti travel di laman sosial.

Buat juga kajian tentang tempat penginapan dan yang ada di sana, pengangkutan yang boleh digunakan, dan lokasi untuk mencari makanan Halal bagi Muslim.

3. Peka dan berhati-hati dengan norma dan budaya di sesebuah lokasi

Setiap negara mempunyai pantang larang, budaya, dan adat resam yang berbeza-beza. Kita sebagai traveller tentunya tidak berapa arif tentang hal ini.

Hanya sekadar membacanya dari Google tidak akan sama apabila kita sendiri berada di tempat mereka. Oleh yang demikian, sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan, percakapan, dan tindakan yang kita buat.

4. Yakin dengan instinct sendiri

Ikhtiar yang jarang kita gunakan ketika dalam situasi getir seperti ini adalah instinct atau percaya kepada naluri hati. Memang kita tidak disuruh untuk mempercayainya 100%.

Namun begitu, kadang kala apa yang kita rasa itu adalah “hint” yang diberikan kepada kita tanpa sedar. Adalah lebih baik jika kita berasa tidak sedap hati, ikutilah naluri tersebut dan segeralah beredar dari situasi itu.

5. Dapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman

melancong solo

Ke mana pun kita ingin pergi, sama ada di dalam atau luar negara pastikan kita dapatkan nasihat dari traveller yang sudah berpengalaman pergi ke negara atau daerah tersebut.

Selain bertanyakan tentang lokasi sekeliling, banyak lagi tips yang boleh kita ambil dari mereka bagi menyesuaikan diri dan melancarkan lagi percutian solo kita itu.

6. Catat nombor telefon bantuan kecemasan

Sebelum bergerak ke mana-mana, jangan lupa untuk cari dan simpan nombor kecemasan di destinasi kita atau boleh juga tanyakan kepada pekerja tempat menginap.

7. Sediakan salinan dokumen penting

Barang peribadi yang penting seperti passport, tiket penerbangan, kad pengenalan dan seumpamanya perlu dijaga dengan selamat dan di tempat yang mudah didapati sekiranya berlaku kecemasan.

Buat back up dokumen di mana-mana aplikasi seperti Cloud backup atau Google Drive untuk menyimpan segala salinan dokumen dan data peribadi yang berkaitan.

8. Sentiasa update di mana kita berada

melancong solo

Kadang kala kita nampak sesetengah traveller guna selfie stick dan sentiasa update status mereka di laman sosial itu agak “annoying”. Namun tanpa kita sedar, itulah salah satu cara untuk kita update lokasi terkini di mana kita berada.

Apabila berlaku kecemasan dan telefon kita tidak boleh diakses oleh orang luar, gambar atau status yang kita muat naik di media sosial peribadi boleh menjadi petunjuk terakhir mengesan di mana kita berada.

9. Utamakan keselamatan dan kesihatan diri

Keselamatan diri menjadi keutamaan kita walau di mana jua. Sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita buat, di mana kita pergi, dengan siapa kita berbual, apa yang kita pakai, dan diwaktu bila kita berada.

Biasakan diri untuk mulakan perjalanan di waktu siang dan elakkan juga memakai barang berharga atau barang kemas secara terbuka sehingga menarik perhatian ramai orang.

Dari segi kesihatan pula, pastikan bawa bekalan ubat yang mencukupi jika kita memerlukan ubat-ubatan tertentu, produk kebersihan wanita, dan kontraseptif untuk bertahan di sepanjang perjalanan.

10. Bersikap terbuka jangan buat “kepala” sendiri

melancong solo

Nasihat yang terakhir untuk semua yang mahu melancong solo, pastikan kita sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan ketika berada di negara orang.

Bila kita datang ke negara orang lain, ibaratnya seperti kita ini tetamu dan mereka adalah tuan rumah.

Justeru itu, apa sahaja yang kita nampak di sana, baik cara pergaulan mereka, cara kehidupan mereka, atau sikap dan sopan santun mereka, biarlah ia menjadi kenangan berharga buat diri sendiri.

Apa yang perempuan kena bawa kalau pergi bercuti?

Menjadi seorang solo backpacker penting untuk kita amalkan gaya minimalis. Jangan bawa barang terlalu banyak dan bagasi yang besar untuk melancong.

Konsep ringkas dan seadanya memberi kelebihan kepada diri seorang solo backpacker. Di sini kami senaraikan antara barang keperluan penting yang wanita perlu bawa jika melancong solo.

  • Baju harian – 3 helai
  • Jeans / seluar – 2 helai
  • Tudung
  • Jaket
  • Tuala
  • Pakaian dalam
  • Pakaian solat
  • Kasut dan selipar
  • Stoking
  • Toiletries
  •  Barang kecantikan
  • Ubat-ubatan
  • Plastik beg
  • Makanan ringan
  • Kelengkapan untuk selfie
  • Charger dan powerbank
  • Universal adapter (kalau melancong ke luar negara)
  • Duit yang cukup
  • Dokumen peribadi
  • Passport
  • Barang tambahan kalau masih ada ruang kosong

Diharapkan semoga perkongsian mengenai tips wanita untuk melancong solo ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahun yang bermanfaat untuk diikuti dan dikongsikan bersama.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top