10 Hotel Terbaik Tepi Pantai Yang Romantik Paling “Eksklusif” Untuk Percutian Berdua

Bercuti di tepi pantai sambil menikmati deruan bayu menyapa deria, percikan ombak menghias pancaindera, bukankah itu sangat romantik bagi pasangan yang mahu mencari masa berdua? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 10 hotel terbaik tepi pantai yang boleh dijadikan destinasi percutian yang cukup mendamaikan.

1. Anantara Desaru, Johor

hotel terbaik tepi pantai

Anantara Desaru tersenarai antara hotel terbaik di Johor dengan bercirian konsep seperti di Thailand. Kita boleh mendapatkan pakej-pakej yang cukup menarik dengan harga yang sangat berpatutan.

Hotel ini berjarak hanya sekitar 450 meter dari laut Desaru dan 5 minit perjalanan kaki dari pantai persendirian. Banyak bilik yang ditawarkan mempunyai pemandangan menghadap pantai yang cantik dan tenang.

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

2. Lone Pine, Penang

Salah satu dari hotel bertaraf lima bintang yang terkenal di Pulau Pinang adalah Lone Pine. Ia juga bahkan termasuk dalam hotel terbaik tepi pantai yang cukup indah, mewah, dan simple kotemporari menjadi tempat penginapan kita.

Untuk anda yang mencari tempat untuk honeymoon dan perkahwinan, di sini memang sangat sesuai kerana tema dan konsep yang diketengahkannya adalah romantik tetapi glamour.

Hotel ini mempunyai 90 bilik ke semuanya, dan setiap bilik bukan sahaja menghadap pemandangan luat malah mempunyai balkoni sendiri dan halaman santai peribadi.

Alamat: 97, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Laman sosial: Website | Facebook | Ulasan Google

3. Shangri La Rasa Sayang, Penang

Sebut sahaja hotel terbaik tepi pantai yang popular di Penang pasti Shangri La Rasa Sayang menjadi senarai yang wajib anda cuba. Ia merupakan penginapan mewah dengan kombinasi konsep ala tradisional dan sejarah.

Kawasannya cukup sunyi dan damai kerana dikelilingi oleh rimbunan pokok tadahan hujan yang sudah berusia ratusan tahun. Usia hotel ini yang sudah lama makin mengkelaskan ia dalam status elegant dan digemari pengunjung.

Alamat: Batu Feringgi Main Road Jalan, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

4. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Lexis Hibiscus, namanya sahaja sudah tampak eksklusif di mata kita. Rupanya yang berbentuk bunga raya, antara hotel tercantik yang ada di Malaysia.

Jika anda berangan hendak ke Maldives tetapi tidak mempunyai bajet yang cukup, di sini anda akan dapatkan pengalaman yang hampir sama malah sangat menyeronokkan. Keunikan hotel ini adalah pada rekaan dan kedudukan setiap bilik yang ada.

Kita boleh pillih beberapa jenis penginapan seperti Premium Pool Villa (bahagian kelopak), Executive Pool Villa (bahagian daun) Sky Pool Villa (on-shore), Imperial Suites (bahagian Stamen) dan Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma.

Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

5. Cove 55, Kuching

Bermalan di kamar hotel Cove 55, membuatkan anda tidak mahu pulang ke rumah. Anda akan dihidangkan dengan pemandangan cukup mempersonakan dengan keindahan Gunung Santubong dan luat yang luas.

Alamat: Lot 55, Jalan Sultan Tengah, (Santubong/Damai Road), Santubong, Kuching, Sarawak, 93010

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

6. Club Med Cherating, Pahang

Ini adalah Club Med pertama dalam Asia. Bila kita sebut yang pertama pasti hotel kali ini bukan calang-calang dari yang lain. Nama panggilan lain bagi hotel ini adalah Eco-Nature Resort.

Tarikannya pada keindahan alam semula jadi dan pelbagai khazanah alam yang disimpan dan dikekalkan menjadikan ia simbolik pada perkampungan resort penginapan yang mewah tetapi mesra alam.

Alamat: Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

7. The Kasturi, Pahang

Jika anda mahukan hotel terbaik di tepi pantai tetapi sangat privasi untuk anda dan pasangan, The Kasturi mungkin pilihan yang tepat. Ia tidaklah sebesar dan bertingkat seperti hotel-hotel yang lain.

Namun begitu, pemilihan bilik yang diberikan memang memuaskan hati bermula dari Villa, Penthouse, Suite dan Studio. Resort yang dikelilingi oleh pantai ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anda cuba.

Alamat: KM 32.5, Jalan Kuantan/Kemaman, 26080 Cherating, Pahang

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

8. Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Pelancong Korea datang ke Shangri La Tanjung Aru hanya untuk melihat pemandangan yang sangat indah di sini. Melihat pemandangan terbenam matahari dan terbit matahari di sini pasti memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Alamat: No. 20, Jalan Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

9. Hard Rock Hotel, Penang

Memang puas hati bila menginap walaupun semalam di Hard Rock Hotel Penang. Bukan sekadar penginapan biasa.

Anda diberikan kemudahan istimewa seperti bilik jamming gitar, bilik tema rock and roll, swimming pool besar dan mewah, pantai yang bersih, makanan yang sedap, banyak aktiviti untuk kanak-kanak, dan yang paling penting Hard Rock Cafe itu sendiri.

Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

10. Tanjung Jara Resort, Kuala Terengganu

Mengekalkan konsep unik bak istana lama Melayu, kesemua bilik yang ditawarkan menghadap pemandangan pantai peribadi yang besih dan membiru.

Konsep asli semangat rantau dan warisan semula jadi amat kuat di sana dan inilah yang menjadikan Tanjung Jara Resort berdiri sebaris dengan populariti hotel terbaik di Malaysia.

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Laman sosial: Website | Instagram | Facebook | Ulasan Google

Diharapkan perkongsian mengenai cadangan hotel terbaik tepi pantai ini dapat memberikan anda informasi yang berguna bagi merancang aktiviti percutian dalam Malaysia dengan sebaik mungkin. Ingat utamakan keselamatan dan keselesaan walau di mana jua kita berada.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart