Pilih pakej perkahwinan yang tepat, Ini 7 Tips ke pameran pengantin

Anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda nanti?

Untuk mengunjungi pameran perkahwinan, ada beberapa tips yang anda perlu ambil tahu. Ini adalah sebagai langkah berhati-hati agar anda tidak tersalah memilih pakej yang ditawarkan.

Maklumlah, bila dah banyak pakej yang ditawarkan kita pula akan jadi rambang mata dan tidak tahu membuat keputusan yang tepat.

Pastikan pakej yang dipilih adalah bertepatan dengan bajet yang anda sudah rancang dan peruntukkan.

1) Pastikan Bajet Anda

Faktor paling penting dalam menentukan majlis perkahwinan. Selalunya, jika anda mengunjungi mana-mana pengusaha perkahwinan, antara perkara pertama yang mereka akan tanya adalah berapa bajet perkahwinan anda.

Pastikan anda sudah sediakan bajet untuk setiap item dalam menjayakan majlis anda bersama dengan sumber kewangan. Berapa banyak simpanan anda dan pasangan untuk majlis perkahwinan, berapa banyak yang akan disumbangkan ibu bapa dan sebagainya. Dengan ada gambaran jelas tentang bajet majlis juga, anda boleh tapis mana-mana yang memberikan servis yang tidak berada dalam lingkungan bajet anda. Kiranya, boleh jimat masa juga daripada bertanya setiap ‘booth’.

2) Apa Anda Perlukan
Kalau anda dan pasangan memang hendak serahkan bulat-bulat kepada perancang perkahwinan dan tidak ada masalah. Tetapi jika sebaliknya, pastikan anda dan pasangan sudah tahu apa yang anda mahukan. Ini adalah supaya anda berdua lebih fokus kepada majlis.

Pastikan juga anda sudah survey terlebih dahulu untuk tahu harga pasaran yang biasa sebagai perbandingan harga. Namun, adalah sesuatu yang agak bijak juga untuk anda bersikap terbuka pada fasa ini kepada idea-idea yang anda baru jumpa di sana.

3) Buat Kajian
Sekarang ini banyak penyedia servis perkahwinan yang mempunyai akaun facebook, instagram dan media sosial lain juga. Daripada pelamin, katering, jurufoto, jurumekap hinggalah kepada ‘doorgift’.

Cuba anda buat kajian sedikit di akaun sosial mereka. Anda boleh tahu gaya, hasil kerja dan mungkin juga baca testimoni daripada pelanggan terdahulu mereka. Google juga apa yang patut. Reputasi mereka di media sosial bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah.

4) Rajin Buat Survey
Kadang kala ada vendor yang sedikit menekan anda untuk membuat pengesahan tempahan pada saat itu juga. Jangan putus asa, melainkan anda dan pasangan benar-benar puas hati dan membuat keputusan untuk memilih servis mereka.

Kuatkan sedikit diri anda dan buat keputusan hanya apabila anda dan pasangan benar-benar yakin. Belanja kahwin bukan murah, jadi, pastikan anda buat keputusan yang tepat agar tidak menyesal kemudian hari.

5) Datang Awal
Jangan pergi di saat akhir pameran. Pergi pada hari pertama pameran adalah langkah terbaik. Jika anda tidak suka bersesak, cuba elakkan waktu puncak. Jika anda pergi awal, anda sekurang-kurangnya ada masa yang cukup untuk fikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan tentang apa-apa tawaran yang mungkin hampir menambat hati anda.

Anda boleh balik dan fikir elok-elok bincang dengan keluarga jika perlu dan barulah buat keputusan yang bersesuaian. Kadang kala, apabila datang awal, anda berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah kerana setiap pameran pengantin pasti menyediakan untuk menarik bakal pengantin.

6) Rajin Bertanya
Jika anda tak faham apa-apa, anda tanya sahaja. Walaupun mungkin perkara itu kedengaran menjengkelkan, anda harus tanya sahaja. Jangan malu-malu. Tentang fabrik, tentang jenis kertas untuk album, pelamin atau apa-apa sahaja, tanya jika anda tidak pasti. Kerana di pameran, mereka pasti melayan anda sebagai raja.

Rajin bertanya tidak rugi.

7) Peka
Pastikan anda peka dengan setiap butir penting yang dilontarkan vendor. Jika anda mencari pakej persalinan perkahwinan, tanya tentang jenis fabrik yang disediakan dan sebagainya.

Ada yang hanya menyediakan fabrik asas sahaja. Google apa yang patut jika perlu. Lebih bagus jika anda sudah ada rekaan baju yang anda gemari supaya anda boleh bertanya terus berapa yang perlu anda tambah untuk mendapatkan baju seperti yang diidamkan.

 

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart