Nak Cari Baju Cantik dan murah, klik 5 Butik Online ini

Shopping memang best

lagi-lagi untuk para wanita.Dapat cuci mata melihat koleksi baru memang boleh release stress. Tak dapat pergi ke kedai fizikal, pilih saja mana yang berkenan dalam talian pun dah bersyukur.

Kalau anda nak cari baju yang cantik-cantik dengan trend terkini sama ada yang seksi atau gaya muslimah, berikut butik online yang boleh dipertimbangkan.

Butik ini bukan sahaja banyak pilihan rekaan menarik dan berkualiti, malah harga juga berpatutan.

Ada juga yang sering mengadakan promosi khas macam 11/11, 12/12 dan banyak lagi. Sumpah puas hati shopping!Jom online shopping di sini…

Pomelo

Paling best nak mendapatkan koleksi terkini dengan harga berpatutan. Bila promosi, sebagai contoh 11/11, harga boleh jatuh sehingga RM1 untuk crop top, t-shirt, cardigan, tak percaya melihat harga yang ditawarkan.

Modanisa

Good place for muslimah! Modanisa merupakan tempat untuk anda yang mencari fesyen gaun dan dress cantik-cantik memukau mata dengan permainan warna serta gaya terkini. Memang rambang mata melihat koleksi mereka, serius tak ada yang tak cantik. Harga murah bila ada promosi.

Zanzea

Tanyalah mana-mana wanita mesti ramai tahu Zanzea Collection. Gedung menjual dress, jumpsuits, blouse, sesuai dengan gaya muslimah. Walaupun mereka dari China tapi fabrik boleh tahan berkualiti dengan harga murah yang ditawarkan. Kiranya berbaloilah.

Sabella

Dekat sini yang best adalah mereka menjual blouse tanpa gosok, jubah tanpa gosok, suit tanpa gosok, kurung tanpa gosok, serba-serbilah tanpa gosok. Memudahkan wanita bekerja yang tak punya masa nak menyiapkan diri di pagi hari.

Poplook

Poplook tak payah diperkenalkan lagi. Dia antara yang terawal menjual pakaian muslimah seperti dress, jubah, blouse, baju kurung dan macam-macam lagi. Poplook juga ada kolaborasi dengan pereka tempatan, dan rekaan mereka memang cukup cantik sekali.Apa tunggu lagi, cuci matalah melihat fesyen baju-baju cantik di atas. Kalau ada yang berkenan, rebutlah!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top