6 Cara Order Doorgift Kahwin Yang “Mind Blowing” Dengan Harga Murah (2023)

Doorgift kahwin dalam sebuah majlis seperti majlis kahwin memang menjadi “trend” yang biasa dalam masyarakat Melayu. Namun mencari yang berkualiti dan murah tidaklah begitu murah.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan cara order doorgift kahwin yang terbaik tetapi dengan harga yang berpatutan.

Apa itu doorgift kahwin?

Doorgift kahwin atau juga dikenali sebagai goodies bag adalah pemberian sesuatau cenderahati dari mana-mana majlis yang dihadiri oleh ramai orang. Biasanya majlis yang dimaksudkan ini termasuklah kenduri kahwin, majlis akikah, majlis pertunangan, dan sebagainya.

Biasanya doorgift kahwin ini datangnya dalam rekaan yang sangat cantik dan istimewa yang mana ia amat sesuai untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu yang hadir.

Cara order doorgift kahwin yang betul untuk harga murah

Berikut ini kami kongsikan beberapa cara order doorgift kahwin yang sedang menjadi pilihan ramai untuk tahun 2023 ini.

1. Kicap & sos cili

order doorgift kahwin

Produk Jalen telah memperkenalkan beberapa pakej istimewa untuk kegunaan harian di dapur kita. Antara produk itu adalah seperti sos cili dan kicap.

Harga pakej yang ditawarkan pun amatlah berpatutan untuk single botol (150 ml) berharga RM1.50. Manakala single set (Botol + Kotak) berharga RM2.00.

Cara order doorgift Jalen:

  • Hubungi talian khidmat pelanggan Jalen di talian 07-364 7434 atau Whatsapp 016-710 7434. Selain itu, boleh juga walk-in ke Galeri Jalen di alamat berikut : Galeri Jalen, No. 61, 4, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato’ Onn 81100, Johor Bahru.
  • Nyatakan produk serta jumlah yang ingin dipesan dan pilih lokasi untuk penghantaran.
  • Lengkapkan pembayaran secara atas talian.
  • Tempahan mestilah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penghantaran.
  • Minimum order adalah sebanyak 40 botol (1 karton). Penghantaran percuma akan diberikan sekiranya tempahan di buat 200 botol ke atas.

2. Kopi

Kopi Cap Raga adalah kopi kampung yang diusahakan oleh usahawan bumiputera di Sungai Limau, Selangor. Perniagaan kopi ini sudah dibina sejak tahyun 1978 lagi sehingga sekarang.

Cara order doorgift Kopi Cap Raga:

  • Hubungi talian khidmat pelanggan Kopi Cap Raga di talian 011-35668464
  • Nyatakan produk serta jumlah yang ingin dipesan dan pilih lokasi untuk penghantaran.
  • Lengkapkan pembayaran dan pastikan tempahan itu dibuat lebih awal sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh majlis.

3. Mee kuning

Gardenia menyediakan pakej doorgift kahwin untuk produk Numee Gardenia. Anda boleh dapatkan Numee pada harga yang sangat murah iaitu RM1.50 bersama giftbox percuma.

Terdapat 4 reka bentuk kotak yang menawan untuk dipilih. Antaranya seperti corak daun, rose, songket, dan kristal. Berikut ini adalah cara untuk order doorgift kahwin dari produk Gardenia.

Cara order Numee:

  • Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Jualan Gardenia di talian 03-5161 3228.
    Tempahan ini dibuka di seluruh negeri di Malaysia dengan minima sebanyak 50 kotak.
    Buat tempahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh penghantaran.
  • Kita akan diberikan no akaun Gardenia dan email.
  • Kemudian buat pembayaran dan email resit pembayaran dalam bentuk PDF.
    Email yang dihantar mestilah disertakan sekali dengan maklumat seperti Nama, Alamat, Tarikh nak hantar roti, kuantiti tempahan roti dan juga no telefon untuk memudahkan dihubungi.

4. Roti

order doorgift kahwin

Untuk doorgift kahwin dari Roti Gardenia, harga pakej yang ditawarkan ini sangat murah sekitar RM3.20 sahaja termasuk roti dan kotak eksklusif dari Gardenia yang boleh dipilih dari pelbagai corak seperti corak sakura, jasmin, batik, dan mawar.

Cara order roti Gardenia:

  • Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Jualan Gardenia di talian 03-5161 3228.
  • Tempahan ini dibuka di seluruh negeri di Malaysia dengan minima sebanyak 50 kotak.
  • Buat tempahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh penghantaran.
  • Kita akan diberikan no akaun Gardenia dan email.
  • Kemudian buat pembayaran dan email resit pembayaran dalam bentuk PDF.
  • Email yang dihantar mestilah disertakan sekali dengan maklumat seperti Nama, Alamat, Tarikh nak hantar roti, kuantiti tempahan roti dan juga no telefon untuk memudahkan dihubungi.

5. Beras

order doorgift kahwin

Goodies beras untuk tetamu di majlis kahwin? Ianya bukan sesuatu yang asing lagi bagi setiap orang. Justeru itu, Syarikat Faiza Sdn Bhd telah memperkenalkan pakej goodies beras Basmathi Faiza.

Cara order beras Faiza:

  • Untuk tempahan dengan hubungi Puan Hajah Fauziah di talian 07-4556900 atau boleh juga buat pembelian di laman Facebook Rasmi Faiza

6. Tepung goreng

Jenama bumiputera yang seterusnya adalah Pak Lah. Produk Pak Lah menyediakan pakej doorgift Tepung Goreng Serbaguna yang berharga RM1.30 dan  sesuai untuk semua jenis majlis.

Ia didatangkan dengan pembukusan kotak yang menarik, rasanya yang sedap, dan tahan lama untuk setahun pengunaan.

Cara order Tepung Goreng Pak Lah:

  • Untuk tempahan boleh hubungi Pak Lah di talian 010-4692342

Selain senarai pakej doorgift kahwin yang kami senaraikan ini, terdapat banyak lagi pakej yang murah disediakan oleh peniaga di luar sana. Cara order doorgift kahwin tersebut juga lebih kurang sama dengan yang kami beritahu tadi.

Hanya sahaja, anda perlu rajinkan diri untuk survey doorgift yang menarik, berkualiti tetapi murah sesuai dengan bajet sendiri.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai cara order doorgift kahwin ini dapat memudahkan anda semua membuat persiapan yang lengkap dan sebaiknya dalam menjayakan majlis perkahwinan tersebut.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top