Nampak kelakar tapi inilah doorgift majlis kahwin paling ‘ON’ tahun 2019

Bila rancang nak buat majlis perkahwinan, item paling utama yang jadi bakal pengantin sakit kepala nak fikir adalah soal bajet. Maklumlah, macam-macam yang perlu difikirkan dari duit hantaran sehinggalah doorgift untuk tetamu.

Dalam sesuatu majlis, pasti bab doorgift yang paling kita suka. Macam-macam idea yang akan terbayang dan rasa nak buat semata-mata tanda penghargaan kepada tetamu yang sudi hadir dan memasti mereka pulang dengan gembira.

Ditambah lagi, zaman semua benda dah naik harga. Memang pening kepala si pengantin nak fikir cara mengurangkan bajet. Jangan risau, gunakan kreativiti anda semampu boleh.

Soal doorgift untuk tetamu, anda boleh kecilkan bajet jika anda boleh fikirkan idea yang menarik dan lain dari yang lain. Tak perlu doorgift yang mahal, yang murah pun boleh asalkan anda berjaya transformkan ia menjadi sesuatu tang sentimental.

Ini antara doorgift yang nampak kelakar tapi banyak faedahnya kepada tetamu. Idea doorgift ni anda boleh guna bila majlis anda nanti. Dari segi harga, takdelah mahal sangat. Kira on bajet anda la juga kan.

#1) Tepung goreng ayam + senduk

2) Ikan bilis

3) Serbuk kari

4) Roti

5) Mi Segera

6) Berkat nasi dalam jag

7) Bihun

8) Ubat Gigi

9) Serbuk Kunyit

10) Pencukur

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top