Ibu Chef Wan Meninggal Dunia Dalam Tidur, Kasih Anak Kepada Ibu Yang Tidak Berpenghujung

Hari ini, kita mendapat berita duka salah seorang selebriti Malaysia kehilangan insan yang sangat disayanginya. Ibu Chef Wan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu kota. Artikel pada kali ini, kita akan kongsikan butiran lengkapnya kepada anda.

Wanita yang bergelar ibu amat besar kemuliaannya

ibu chef wan meninggal

Kedukaan bagi seorang anak adalah bila mana dia kehilangan seorang insan yang bernama “ibu”. Ibu yang mengandungkan kita, membawa perut yang kian membesar 9 bulan lamanya, melahirkan kita dengan taruhan nyawa sendiri, membesar dan mendidik kita menjadi manusia yang berguna.

Pengorbanan seorang ibu tidak akan mampu dibalas atau dikira. Sungguh banyak terlalu banyak, lantaran itulah sebabnya mengapa Allah memberikan kemuliaan kepada seorang ibu.

Ibu adalah insan yang yang sangat istimewa. Islam meletakkan kedudukan ibu pada satu tempat yang tinggi kerana kewajipan berbakti dan menghormati mereka adalah besar selepas beriman kepada Allah dan menyembah Nya serta tidak menyekutukan Nya dengan sesuatu yang lain.

“Ibu Chef Wan Meninggal Dunia” – khabar duka dari Chef Wan di Instagram

ibu chef wan meninggal

Inalilllahi wainnailaihi rojiun. With the great sadness I here confirmed my dearest mom had passed away at 6.20 am peacefully in her sleep at the Gleneagles Hospital pagi ini.

May her soul rest in peace, di ampun segala dosa-dosa baliau serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman nanti. Insya Allah.

Her body will leave Gleneagles Hospital approximately 10.30 am to 11 am latest to Putrajaya Mosque. Al-Fatihah.

Thank you so much for all your kind wishes and doa for my mother. Alhamdulillah.”

Menerusi perkongsian di akauan rasmi Chef Wan sendiri atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail dia memaklumkan bahawa ibunya, Che Ani telah meninggal dunia ketika tidur di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira jam 6.20. pagi tadi.

Chef Wan turut memaklumkan bahawa, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi, Cyber 10, Cyberjaya.

Perkongsian beliau mendapat respon dan komen orang ramai termasuk selebriti Malaysia yang lain serta netizen Malaysia yang turut bersimpati serta mendoakan yang terbaik buat arwah ibunya itu.

Che Ani menghidap kanser tahap 4, Alzheimer dan dimentia

Menurut perkongsian Chef Wan yang terdahulu, beliau kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya sendiri. Bahkan turut memaklumkan bahawa keadaan kesihatan ibunya itu semakin merosot akibat dari penyakit kanser payu dara.

Ibu Chef Wan meninggal dunia di usia 93 tahun. Selain kanser, arwah juga menghidap beberapa penyakit lain seperti Alzheimer dan dimentia.

Demi kasihkan ibu, Chef Wan berkorban banyak perkara

“Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari.”

Itulah ayat yang sentiasa keluar dari bibir selebriti chef terkenal ini. Sebagai seorang anak yang sentiasa menjaga ibunya, beliau mengutamakan ibunya dari segala-galanya.

Apatah lagi ketika itu, ibunya sudah lanjut usia di tambah tahap kesihatan yang semakin merosat. Beliau percaya harta benda dan duit memang boleh dicari, namun ibu adalah satu-satunya harta yang paling berharga dan tidak boleh ditukar ganti.

Beliau yang turut memaklumkan terpaksa menolak tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelogue kerana keadaan kanser ibunya ketika itu sudah semakin merebak.

Kasih sayang Chef Wan kepada ibunya mengajar kita banyak perkara dalam hidup ini. Sepanjang ibunya masih hidup, beliau sentiasa berada di samping disaat susah dan senang. Merawat tatkala sakit, dan bermanja layaknya seorang anak kepada ibu.

Semoga Allahyarhamah Che Ani ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin Ya Rabbal Alamin.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top