20 Aplikasi Untuk Rancang Perkahwinan Yang Sangat Berguna, Wajib Semua “Bakal Pengantin” Perlu Ada!

Hari ini segalanya di hujung jari. Hendak dapatkan maklumat terperinci atau buat peracangan awal semuanya boleh diakses menerusi telefon pintar kita dengan begitu mudah. Bagaimana telefon boleh menjadi pemandu arah untuk bakal pengantin menguruskan majlis perkahwinan mereka?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa jenis aplikasi untuk rancang perkahwinan yang boleh dimuat turun ke telefon secara percuma bagi kegunaan pasangan raja sehari.

1. Appy Couple

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Aplikasi Appy Couple membolehkan pengantin membuat laman web perkahwinan mereka sendiri. Selain itu, ia juga memberikan kemudahan kepada kita untuk menguruskan senarai tetamu,  umumkan lokasi kahwin, kod berpakaian dan maklumat lain yang berkaitan, muat naik gambar perkahwinan, berbual dengan tetamu, dan sebagainya.


2. My Wed

aplikasi untuk rancang perkahwinan

MyWed menjadi aplikasi perancang perkahwinan anda yang hebat! Ia bertugas menjadi pembantu untuk memantau tugas atau matlamat yang telah ditetapkan.


3. Canva

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Canva membolehkan kita membuat pelbagai jenis design misalnya kad kahwin kerana di dalamnya tersedia ribuan template design untuk kita edit dan print sesuai yang kita minat.


4. Wedsly

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Wedding planner dari aplikasi Wedsly antara yang popular dalam senarai pilihan aplikasi untuk rancang perkahwinan kerana ia dilengkapi oleh wedding checklist, dan membolehkan kita memantau setiap perbelanjaan yang dikeluarkan agar tidak lari dari bajet sebenar.


5. LadyMarry Wedding Planner

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Aplikasi untuk rancang perkahwinan yang seterusnya adalah LadyMarry Wedding Planner. Aplikasi ini menawarkan tarikan utama untuk bantu bakal pengantin buat checklist perkahwinan, cari vendor perkahwinan yang berkualiti dan dipercayai, rancang perbelanjaan dan banyak lagi.


6. Bride Book

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Bride Book adalah aplikasi untuk rancang perkahwinan nombor 1 di dunia dengan menyediakan akses untuk membantu pengantin dari lebih 185 buah negara.

Antara jenama yang mereka bekerjasama adalah seperti Jimmy Choo, Uber, Etsy, dan banyak lagi.


7. Wedding Countdown

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Debaran menunggu hari bahagia disatukan dengan pasangan memang satu penantian yang ditunggu-tunggu. Kaum wanita biasanya sangat mengambil berat soal tarikh kerana bagi mereka ia mempunyai hubungan yang sentimental dengan kehidupannya.

Jika anda jenis yang sebegitu, boleh gunakan aplikasi Wedding Countdown untuk semak setiap hari momen bahagia itu.


8. My Registry

aplikasi untuk rancang perkahwinan

My Registry menyediakan pilihan berbelanja pelbagai jenis barang khususnya bagi perkahwinan dengan begitu mudah sekali. Ia menyediakan ratusan jenama produk dari pelbagai kedai di seluruh dunia.

Pasti anda akan rambang mata dalam memilih. Paling menarik sekali, kesemua pilhan anda nanti akan dimasukkan sekali dan dihantar bersama-sama seperti satu hadiah.


9. All Seated Vision

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Tugasan mengatur dan menyusun kerusi meja tampak mudah namun sebenarnya ia agak rumit untuk dilakukan. Apatah lagi sekiranya majlis perkahwinan itu mempunyai kod nama disetiap kerusi tetamu yang hadir.

Oleh yang demikian, penggunaan apkikasi All-Seated memang bagus bagi membolehkan kita merancang dengan tuan rumah, pengurus tempat, vendor dan wedding planner serentak dalam satu tempat.


10. Any.do To Do List & Calender

aplikasi untuk rancang perkahwinan

Sangat sukar untuk kita ingat semuanya dalam satu-satu masa apatah lagi melibatkan tentang persediaan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Apa kata anda muat turun sahaja aplikasi Any.do To Do List & Calender.

Ia membolehkan kita untuk mencatit segala kerja dengan mudah tanpa tersilap atau terlupa sedikit pun.


11. The Big Day

Aplikasi The Big Day adalah perancangan perkahwinan yang paling indah. Atur perkahwinan anda dengan mudah dan tanpa kerumitan dengan senarai semak terbina di dalamnya, senarai tetamu, countdown dan senarai perbelanjaan.


12. The Big Day.my

Thebigday.my menyediakan pengalaman perancangan perkahwinan terbaik dengan mudah untuk membuat senarai tetamu pada desktop, terus merancang, mengatur tempat duduk dan daftar masuk melalui aplikasi perkahwinan yang disediakan.


13. Kahwin Pro

Kahwin Pro adalah sebuah aplikasi untuk bakal pengantin membuat persiapan untuk menguruskan permohonan dan kebenaran kahwin, semak borang, dan sebagainya.

Ia juga memberi gambaran bagaimana proses dan undang-undang perkahwinan di negara kita ini berlaku.


14. Wedbox

WedShoots menyediakan album peribadi yang sangat segera, pantas, dan mudah diakses menerusi telefon pintar kita sahaja. Ribuan gambar boleh dimasukkan tanpa bimbang tentang memory space dan sebagainya.


15. WedShoots

Setiap gambar kenangan majlis perkahwinan itu akan tampak lebih eksklusif apabila ia diletakkan dalam satu album. Penggunaan album digital dilihat lebih mudah menerusi aplikasi Wedbox.

Kita boleh mencipta album sendiri dan kongsikannya dengan orang lain hanya melalui pautan ke rangkaian sosial atau kod QR.


16. Panduan Akad Nikah

Aplikasi Panduan Akad Nikah sangat bermanfaat bagi persediaan pengantin lelaki dalam memahami perkara asas tentang proses akad nikah dan yang berkaitan dengannya.

Leceh jika kita perlu buka dan baca buku di saat-saat akhir ini. Lebih cepat jika ianya dibaca terus secara digital menerusi telefon pintar sendiri.


17. InShot

Jika anda mempunyai bajet yang terhad atau tidak mampu upah kos juruvideo. Jangan risau, kerana aplikasi InShot boleh bantu anda rakam dan sunting segala momen akad nikah dan majlis persandingan secara percuma.


18. Pinterest

Banyak orang kenal Pinterest sebagai aplikasi yang menyediakan gambar atau wallpaper menarik. Namun mungkin ramai tidak tahu, Pinterest boleh dijadikan rujukan dalam kita memilih idea untuk dekorasi majlis.

Aplikasi ini mengandungi ribuan input kreatif bermula dari dekorasi ruang, makanan, solekan, dan sebagainya.


19. Prequel

Untuk menghasilkan video majlis perkahwinan yang tampak menarik dan gempak, sebenarnya kita tidak memerlukan bajet yang besar bagi mengupah editor atau sebagainya. Muat turan sahaja Prequel ke telefon pintar anda.

Aplikasi ini menawarkan puluhan filter percuma, membolehkan anda menambah seri video yang dihasilkan. Video kahwin kita akan kelihatan lebih “mahal” dari yang asal.


20. Spendee

Spendee tersenarai antara aplikasi percuma untuk bantu rancang perbelanjaan dengan lebih berkesan terutama sekali bagi kita yang banyak mengeluarkan bajet bagi merealisasikan majlis perkahwinan impian.

Aplikasi ini akan memberikan gambaran keseluruhan perbelanjaan mingguan, yang disusun dari perbelanjaan atau simpanan paling baru hingga yang paling baru. Ada juga pilihan untuk menampilkan gambaran keseluruhan bulan, tahun atau jangka waktu khusus.

Menariknya tentang Spendee ini dari yang lain kerana ia dapat memberi perhubungan langsung untuk perbankan dalam talian, e-wallet dan crypto-wallet.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai aplikasi untuk rancang perkahwinan ini dapat memberikan bakal pengantin kemudahan yang lebih efisyen dalam membuat persiapan kahwin nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart