Kenapa Pakai Cincin Di Jari Manis? Ini 5 Alasan Yang Perlu Pengantin Tahu

Cincin adalah sesuatu perhiasan yang dipakai untuk mencantikkan dan mengkacakkan seseorang. Bagi yang mahu bertunang, dan berkahwin, cincin pastinya memberi makna yang sangat sentimental bagi kedua-dua pasangan. Tetapi pernah atau tidak anda terfikir, mengapa kita pakai cincin di jari manis?

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan maklumat yang lengkap untuk panduan anda semua.

Rasulullah pun pakai cincin sebab berkahwin?

Pemakaian cincin bukanlah semata-mata berasal dari adat perkahwinan Melayu sahaja. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Justeru itulah, amalan pemberian cincin sebagai tanda pertunangan atau perkahwinan berlaku kerana ia mengambil manfaat daripada hadis ini secara umumnya.

Sejarah pakai cincin di jari manis

cincin di jari manis

Bila kita sebut tentang jari manis pasti ia amat sinonim dengan pemakaian cincin bagi orang perempuan dan lelaki. Tidak kiralah ia cincin kahwin, cincin tunang, cincin risik, atau cincin hiasan semata-mata.

Pakai cincin di jari manis sudah sebati dalam amalan masyarakat moden hari ini kerana ia juga dicedok dari amalan zaman dulu. Namun begitu, apa yang mungkin kita tidak sedar sebenarnya pakai cincin di jari manis pun ada sejarahnya tau!

1. Berasal dari budaya Mesir kuno

Sejarah membuktikan bahawa pemakaian cincin berasal dari budaya masyarakat Mesir kuno. Hal ini diperkuat daripada penemuan bukti dalam hieroglif yang memperlihatkan bahwa pengantin di zaman Mesir kuno mengenakan cincin setelah menikah.

Ada juga sumber lain yang menyakini bahawa tradisi ini ada kaitannya dengan budaya dari Yunani dan Romawi kuno. Bukan itu sahaja, malah mereka sendiri mempunyai kepercyaan yang cincin kahwin harus dipakai pada jari manis sebelah kiri.

2. Jari manis simbol kepada perasaan cinta

cincin di jari manis

Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, jari manis di tangan kiri adalah tempat yang memiliki pembuluh darah untuk mengalirkan darah langsung menuju ke jantung. Ia disebut sebagai ‘vena amoris‘ dalam bahasa Latin yang bererti ‘pembuluh darah cinta’.

Justeru itu, pakai cincin di jari manis dikatakan melambangkan cinta yang terhubung pada jantung pasangan yang memakainya. Ibarat seperti kedua-duanya bersatu dalam satu nyawa dan kehidupan yang sama.

3. Jari manis simbol perhubungan

Setiap jari mempunyai fungsinya masing-masing. Contohnya ibu jari sering dikaitkan dengan tanda persetujuan manakala jari telunjuk sebagai penunjuk.

Ini sama juga dengan jari manis. Jari manis dianggap sebagai jari cincin hubungan. Kepercayaan ini bermula dari Eropah kemudian sehingga kini bagi kebudayaan di barat mereka  menggunakan jari manis tangan sebelah kiri untuk menyematkan cincin pertunangan atau cincin kahwin.

4. Sukar untuk dilepaskan

cincin di jari manis

Jari manis terpilih untuk diletakkan cincin kerana ia sukar untuk terpisahkan. Cuba anda rapatkan kesemua jari-jari tangan kanan dan kiri.

Kemudian buka satu persatu masing-masing hujung jari tanpa mengganggu jari-jari yang lainnya. Bukahkah posisi jari manis yang paling sukar untuk dibuka dengan lebar?

Inilah yang membawa erti bila mana cincin dipakai di jari manis, ia menjadi simbolik cinta pasangan tersebut juga susah untuk dipisahkan.

5. Memiliki standard ukuran yang natural

Perkara yang merungsingkan setiap kali pilih cincin adalah saiz cincin yang tepat. Tahukah anda, jari manis dikatakan mempunyai kecenderungan yang sangat rendah untuk bervariasi atau berubah-ubah berbanding jari lain.

Hal inilah yang menyebabkan jari manis lebih sesuai untuk dijadikan ukuran cincin yang tepat.

Budaya pemakaian cincin tangan kanan & kiri di seluruh dunia

cincin di jari manis

Tadi kita ulas mengenai persoalan pakai cincin di jari manis, kali ini mari kita kenal bagaimana pula budaya pemakaian cincin di tangan kanan dan kiri bagi pengantin di seluruh dunia.

Cincin di tangan kanan

  • Orang Romawi kuno merupakan etnik pertama yang memakai cincin kahwin disebelah tangan kanan. Menurut mereka, tangan kiri mengambarkan makna tidak bahagia dan tidak dapat ditentukan.
  • Masyarakat India menganggap pakai cincin di tangan kanan adalah lebih baik kerana tangan kiri dianggap tidak murni. Kini, masyarakat India tidak melarang pakai cincin di mana-mana tangan.
  • Masyarakat Jerman dan Belanda mengenakan cincin pertunangan emas di tangan kiri manakala cincin kahwin di jari manis kanan. Hal ini bagi menandakan perubahan status sosial mereka.

Cincin di tangan kiri

  • Beberapa buah negara percaya pakai cincin di tangan kiri membawa erti sebagai tanda hormat dari seorang isteri kepada suaminya.
  • Pengantin dari negara Turki, Lebanon, Syiria, dan Brazil pada mulanya menyarungkan cincin di tangan kanan kemudian bertukar kepada tangan kiri.
  • Pengantin lelaki dari Sri Lanka pula pakai cincin kahwin di tangan kanan, manakala pengantin perempuannya di tangan kiri.

Kesimpulannya, cincin kahwin hanyalah sekadar simbol kebendaan yang menandakan kasih sayang antara pasangan. Justeru itu, di mana pun kedudukannya dipakai ia tidak menjadi kayu ukur kepada ikatan cinta yang dibina.

Ikhlas dalam menerima pasangan itulah yang penting sekali kita jaga dalam melahirkan perhubungan yang harmoni.

Semoga perkongsian mengenai pakai cincin di jari manis ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart