Mampu Hidup Lebih 109 Tahun, Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Di Kedah Buat Ramai Terkejut

Rahsia umur panjang menjadi tarikan orang hari ini? Biar betul? Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, jom kita ikuti perkongsian artikel tentang rahsia kesihatan seorang wanita tertua di Kedah.

Anggaran purata jangka hayat umur manusia di dunia

Mengikut statistik terkini, peratusan mereka yang berada dalam linkungan 15 tahun sehingg 64 tahun berada dalam peringkat paling tinggi iaitu sekitar 22.6 juta (69.4%) dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Dari laporan lain yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), anggaran purata jangka hayat umur manusia di dunia adalah sekitar 72 tahun bagi lekaki dan 77 tahun bagi perempuan.

Namun dapat hidup lebih lama, ia merupakan satu anugerah dan nikmat yang Allah SWT berikan bagi kita sebagai seorang manusia. Setiap orang pasti ada rahsia umur panjang yang tersendiri.

Rahsia umur panjang 109 tahun, wanita tertua di Kedah kongsi petuanya

rahsia wanita tertua di kedah

Seorang wanita warga emas, Mardzi Abu Bakar mendapat gelaran sebagai wanita tertua di Kedah pada sambutan Hari Kanak-Kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini.

Wanita hebat ini telah dilahirkan pada tahun 1913 dan mempunyai lapan orang anak hasil perkahwinannya. Nenek kepada 30 cucu dan 11 cicit ini juga bahkan tampak sihat sungguhpun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk berjalan lama.

Apakah rahsianya? Berkata Mardzi Abu Bakar, dia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa rahsia umur panjang yang khusus sepanjang dia hidup. Namun apa yang dia terapkan dalam kehidupan seharian adalah menjaga pemakanan dan mengelak dari memakan makanan yang berminyak.

Suka makan ulaman rebus & tidak tinggal zikir

Jelasnya lagi, dia juga amat gemarkan makan ulam-ulaman kampung mentah yang direbus terlebih dahulu sebelum makan.

“Selain ulam-ulaman, saya suka makan asam pedas dan kerabu, makanan berminyak saya kurang makan apatah lagi makanan yang diproses.”

Kesihatan fizikal tidak cukup sebenarnya jika mahu memperoleh hati dan jiwa yang tenang sepanjang masa. Sebagai orang Islam, kita sudah semestinya wajib untuk menjadi orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Yang penting sebagai seorang Islam kita perlu menjaga solat fardhu, dan banyakkan berzikir dan solat sunat, itu yang lebih baik bagi menunjukkan rasa syukur dengan nikmat yang diberikan Allah.”

Banting tenaga di sawah untuk besarkan anak masa zaman Jepun

Menjadi wanita tertua di Kedah, pastinya Mardzi Abu Bakar mempunyai kisah suka dan duka tersendiri kerana dia sudah hidup di sana selama 109 tahun. Dia sendiri bersama arwah suami pernah melalui kehidupan zaman penjajahan Jepun.

Ketika itu kehidupan semua orang memang sangat susah. Dari zaman muda, Mardzi telah banyak menghabiskan masa membanting tenaga di sawah bersama arwah suaminya untuk membesarkan anak-anak.

Lantaran itu, mereka berdua sentiasa menasihati anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran jika mahu mengubah kehidupan sekarang.

Berkongsi anak bongsunya, Mohammad Asri Marzuki, 50 tahun berkata, sejak dulu ibunya sentiasa amal solat sunat dhuha selain dia juga tidak suka bercerita hal orang lain. Bahkan ibunya berpesan lagi supaya dia dan adik beradiknya perlu berusaha sendiri jika mahukan sesuatu dan jangan ambil hak orang lain.

Tanpa kita sedar, amalan fizikal dan rohani wanita hebat ini telah membentuk peribadi dan kehidupannya menjadi lebih tenang dan sejahtera.

Rekod wanita tertua di Malaysia 2023

Untuk rekod wanita tertua di Malaysia setakat ini, ia dipegang oleh A Annamah yang berusia 110 tahun. A Annamah juga mengamalkan rahsia umur panjang dengan amalan berpuasa sekali seminggu dan pemakanan sihat dengan pengambilan herba.

Sebelum ini rekod tersebut, dipegang oleh Safiah Ujang yang berusia 128 tahun. Namun dia telah pun meninggal dunia pada Oktober 2017 kerana sakit tua.

Umur panjang dan kesihatan yang baik adalah kemewahan sebenar manusia di dunia ini. Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa biarpun umur kita masih muda. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai umur yang panjang tetapi tidak mempunyai kesihatan yang baik, ia juga sia-sia.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart