Nadia Kahf Jadi Hakim Pertama Pakai Tudung Ketika Bertugas Di Makhamah AS

Kuasa wanita tidak kurang hebatnya dengan kaum lelaki. Wanita pada hari ini tidak mempunyai masalah untuk bersaing dengan lelaki dalam apa jua bidang yang diceburinya. Bahkan tidak sedikit yang berjaya mengharumkan nama sendiri dan negara.

Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda mengenai seorang wanita Muslim, Nadia Kahf yang menjadi hakim pertama pakai tudung di Makhamah AS.

Bukan calang orang jadi hakim pertama pakai tudung

Nadia Kahf adalah seorang sosok wanita yang mendapat perhatian dunia apabila gambarnya sebagai hakim pertama pakai tudung di Makhamah Tinggi New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mula tersebar di media sosial.

Nadia pernah menjawat jawatan sebagai peguam imigresen dan undang-undang keluarga dari firma guaman WayneKahf juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR-NJ).

Beliau telah mengangkat sumpah dengan tangan di atas Al-Quran. Nadia menyertai dua lagi wanita Islam, Sharifa Salaam dan Kalimah Ahmad di Mahkamah Tinggi.

Sedikit latar belakang tentang Nadia Kahf, beliau sudah berhijrah ke AS dari Syiria sejak berusia 2 tahun lagi. Dan juga sudah lama bekerja di yayasan Islam negara tersebut.

Temu buAL bERSAMA Nadia Kahf

Mengulas lanjut tentang perlantikannya sebagai hakim itu, Nadia sempat mengucapkan rasa terima kasih dan bangganya berada di atas sebagai seorang wanita Islam.

“Saya bangga untuk mewakili masyarakat Islam dan Arab di New Jersey dan di Amerika Syarikat.

“Saya mahu generasi muda melihat bahawa mereka boleh mengamalkan agama mereka tanpa rasa takut. Mereka boleh menjadi siapa mereka.

“Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukan kelemahan. Saya harap lebih ramai orang memahaminya,” tutur Nadia sejurus angkat sumpah.

Nadia mungkin yang pertama tetapi dia pastinya bukan yang terakhir…”

Dalam masa yang sama juga, Pengarah Eksekutif CAIR-NJ Selaedin Maksut turut berasa gembira melihat wanita Muslim di negara tersebut terus diiktiraf oleh masyarakat.

“Nadia telah lama berkhidmat kepada masyarakat Islam di New Jersey. Saya berbesar hati dapat bekerja di bawah kepimpinan dan bimbingannya di CAIR-NJ. Melihatnya mengangkat sumpah setahun selepas pencalonannya adalah sesuatu yang luar biasa.

“Nadia mungkin yang pertama memakai tudung di Mahkamah Tinggi di New Jersey, tetapi dia pastinya bukan yang terakhir, insya Allah. Dengan pencapaian dan pengalamannya yang luas, beliau telah meletakkan kedudukan yang tinggi untuk wanita Islam yang lain,” katanya.

Untuk rekod, sebelum ini pada tahun 2022, Laila Ikram telah mencipta sejarah dilantik hakim wanita Muslim pertama di Arizona.

Kemudian peguam cara Michigan, Fadwa Hammoud pada Oktober 2021 dengan menjadi wanita Arab Amerika Islam pertama yang berhujah di Mahkamah Agung AS.

Hebat wanita yang bernama Nadia Kahf ini. Semoga perkongsian kami mengenai Nadia Kahf, hakim pertama pakai tudung ketika bertugas di Makhamah AS ini dapat memberikan anda informasi dan insipirasi yang bermanfaat untuk dijadikan motivasi.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart