Pernah digelar penjaga gol futsal tercantik, isteri Rody Kristal kini berhijab

Gitaris kumpulan terkenal Kristal, Rody meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang tercinta, Nur Izwani Azman atau lebih dikenali sebagai Niena mengambil keputusan untuk berhijab.

Luahnya di laman instagram, dia juga berdoa agar keluarganya dilindungi Tuhan daripada segala perkara yang membinasakan.

ALHAMDULILLAH.. MOGA KELUARGAKU DILINDUNGI ALLAH DARI SEGALA PERKARA YG TIDAK ELOK..

Sementara itu, Niena juga telah memuat naik fotonya berhijab di laman instagramnya. Rata-rata pengikutnya memuji kecantikannya wajahnya yang semakin berseri dengan imej terbaharu kini sambil mendoakan agar dirinya kekal istiqomah.

Nasib ada adik beradik perempuan yg lain, bila terdetik nak pakai tudung.. first sekali tanya diorang.. sebab nak minta semua tudung yang diorang tak guna 😂😂 kite elak pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harga dia 🙈 bila kite dapat cari identiti dan yang sesuai baru la kite pulun shopping tak gitu @rodykristal😂

A pretty face gets old, a nice body will change but a good heart will always remain.. #masihmencari

Sebagai rekod, Niena yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan telah sah menjadi isteri Rody pada 27 April 2018. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] Pernah Digelar Penjaga Gil Futsal Tercantik, Isteri Roday Krista Kini Berhijab […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart