Makan Banyak, Berat Badan Susah Naik Bukan Tanda Sihat! Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar

Selalu para wanita merungut sebab mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Namun ada juga sesetengah dari mereka yang murung disebabkan berat badan yang sudah naik biarpun sudah makan dalam kuantiti yang lebih banyak dari biasa.

Makanlah banyak mana sekalipun, diri kita masih dikategorikan sebagai “underweight”. Dan tentunya golongan ini akan menjadi mangsa “iri hati” dari orang lain khususnya kaum wanita sendiri.

Berat badan susah naik tanda tidak selamat?

berat badan susah naik

Baru-baru ini seorang wanita di Facebook, Adila Azurin ada berkongsi kisahnya mengenai masalah berat badan susah naik walaupun makan banyak. Dia yang selalu berkongsi di WhatsApps status tentang menu diet eat clean, sering “diperli” oleh rakan-rakannya yang membalas status mesej tersebut.

“Eleh bukan gemuk mana pun nak diet-diet ni.”

“Boleh bertahan ke makan macam ni je?”

“Ko kan dah kurus weyhh nak kurus macam mana lagi.”

Jika diikutkan Adila mempunyai berat badan normal iaitu, tinggi 165cm dan berat 62kg. Namun itu bukanlah sebab utama mengapa dia mengamalkan diet. Katanya, memang seronok bila makan banyak tetapi berat badan maintain dan tidak naik.

berat badan susah naik

Namun selepas dia calculate body fat dan visceral fat, terkejutnya bila tengok body fat sampai 41.4 sedangkan tahap normal antara 18 – 28%.

Malah bukan itu sahaja, visceral fat pula memang sudah lebih sehingga 127.3 padahal tahap normal bawah 100.

Jenis lemak dalam badan

Kita mungkin faham lemak dalam badan adalah lemak yang menyebabkan kita gemuk sahaja. Namun pada hakikatnya, lemak sebenarnya terbahagi kepada dua jenis. Jenis lemak yang dimaksudkan ini adalah:

1. Lemak subcutaneous

Lemak subcutaneous adalah lapisan lemak di bawah kulit. Dikatakan sebanyak 90% lemak dalam tubuh badan kita berasal dari lemak ini.

Fungsi lemak subcutaneous adalah untuk menjaga tubuh agar tetap hangat, melapisi jaringan tubuh dari cedera, membantu aktiviti hormon, laluan untuk saraf dan pembuluh darah antara otot dan kulit, serta sumber tenaga untuk beraktiviti.

Untuk mengenal lemak subcutaneous ini, anda boleh cubit dan rasa di mana terletaknya.

2. Lemak visceral

Lemak visceral atau disebut sebagai lemak intra abdomen pula adalah sejenis lemak yang ang bertimbun di bawah otot dan mengelilingi organ vital. Ia membaluti hati, jantung, usus, ginjal, dan lain-lain organ vital yang lain.

Lemak ini juga dikaitkan dengan punca pelbagai komplikasi penyakit yang serius sakit jantung, diabetes, stroke, darah tinggi dan sebagainya.

Untuk mengenal lemak visceral ini, ia agak susah jika tidak melalui pemeriksaan dalaman oleh doktor kerana ia terletak di bahagian perut yang lebih dalam atau lebih tepat menyelimuti organ dalaman.

Kesan tahap lemak visceral tinggi pada emosi

Justeru itulah, walaupun berat badan susah naik ia tidak bermakna badan kita sihat dan terhindar dari penyakit. Lemak visceral boleh menjadi “bom jangka” yang sukar untuk dihilangkan dan dikesan dengan mata kasar.

Bukan itu sahaja, lemak visceral juga memberi kesan kepada diri kita secara emosi seperti:

  • Cepat penat
  • Susah bernafas
  • Moody / cepat rasa hendak marah
  • Stress
  • Kurang bertenaga
  • Lesu

Cara turunkan kadar lemak visceral

berat badan susah naik

Untuk menurunkan kadar lemak visceral ini, kita boleh cuba untuk mengamalkan tips berkesan yang dikongsikan di bawah:

1. Ubah gaya pemakanan

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serat serta daging tanpa lemak. Gantikan minyak masak kepada minyak zaitun. (Atau boleh kawal kadar penggunaan minyak biasa). Tukar kaedah masak kepada stim, rebus, panggang atau bakar.

2. Elak dari minum minuman manis

Hindari minuman manis terutama yang menggunakan susu pekat manis, produk yang berat dalam lemak tepu, makanan berminyak, makanan segera, makanan sejuk beku seperti sosej, nugget dan makanan bergoreng.

3. Bersenam

Visceral fat akan lebih mudah hilang jika melakukan senaman yang mudah seperti berjalan kaki selama 30 minit, menaiki tangga, jogging, berbasikal atau lain-lain aktiviti kardio.

Sihat bukanlah semata-mata tentang berat badan yang rendah atau tubuh yang kurus. Namun lebih mendalam dari itu semua, sihat sebenarnya memainkan peranan dari segi kesihatan luaran dan dalaman.

Diharapkan perkongsian kami mengenai fakta tentang masalah berat badan susah naik ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dan rujukan bersama.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top