Doa Bulan Rejab Dengan Panduan Teks Rumi dan Amalan Sunat Yang Banyak Kelebihannya Bagi Wanita

Sudah tiba kita pada bulan Islam yang baru iaitu bulan Rejab. Masuk sahaja bulan ini banyak kebaikan dan peristiwa besar dalam Islam yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran dan ambil iktibar dalam hidup. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda doa bulan Rejab dan amalan baik yang sangat bagus untuk diamalkan oleh kita dalam bulan ini.

Latar belakang bulan Rejab

doa bulan rejab

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam tahun Hijrah serta memiliki keutamaan yang penting dalam Islam.

Nama lain yang dipanggil untuk bulan ini adalah bulan Mikraj. Hal ini kerana, pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj. Justeri itulah, agama Islam sangat menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat.

Bulan Rejab dimuliakan oleh Islam dengan amalan sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Dengan hadirnya masuk bulan ini, umat Islam perlu semakin giat untuk meningkatkan amalan bagi membentuk ketakwaan dan keimanan yang tinggi sebagai seorang Mukmin.

Hadis berkenaan bulan Rejab

Istimewanya bulan Rejab ini, banyak hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan bulan ini. Antaranya seperti:

1. Termasuk dalam bulan Haram dalam Islam

Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim AS dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang dalam bulan ini. Hal ini sebagaimana Hadis yang dijelaskan oleh Nabi SAW:

عن أبي بكرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خَلَق الله السموات والأرض، السنة: اثنا عشر شهرًا، منها أربعة حُرُم؛ ثلاثٌ متواليات: ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم، ورجب مُضر الذي بين جمادَى وشعبان))

Maksudnya: “Abu Bakrah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berurutan, iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta Rejab yang berada antara Jamadilakhir dan Syaaban.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Bulan yang diiktiraf oleh Allah SWT

Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah sebagaimana Hadis riwayat dari Aisyah RA:

عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ٳن رجب شهر الله))

Maksudnya: “A’ishah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Rejab merupakan bulan Allah SWT.” – (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab

Terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini. Antaranya seperti:

Doa masuk bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksudnya: “Ya Allah, berkatikanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” – (Hadis Riwayat Baihaqi)

Amalan sunat bulan Rejab yang digalakkan untuk buat

Secara umumnya, tidaklah terdapat ibadah khusus yang perlu dilakukan dalam bulan Rejab ini. Hal ini kerana segala apa amalan yang dilakukan dengan niat kerana Allah pada bila-bila masa, insha Allah mempunyai pahala dan kebaikan di sisi Nya.

Namun begitu, di sini kami kongsikan beberapa amalan sunat yang amat mudah untuk dilakukan dan digalakkan pada bulan tersebut.

1. Berpuasa

Amalkan untuk berpuasa sunat khamis dan sunat Rejab. Sekiranya masih ada berbaki puasa ganti bulan Ramadhan tahun lalu yang belum dilunaskan, segerakanlah ia diganti dan boleh digabungkan sekali niat puasa qada tersebut.

2. Memperbanyakkan sedekah

Sedekah memberi manfaat bukan sahaja kepada yang mendapat sedekah tetapi yang memberikan sedekah juga.

Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang sebaliknya menambah lagi rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka.

3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang menjadi panduan bagi kehidupan setiap manusia sehingga tibanya hari kiamat nanti.

Ia juga akan menjadi syafaat dan pembela di akhirat nanti kepada sesiapa yang melazimkan diri dan bersahabat dengannya di dunia.

4. Memperbanyakkan berzikir

doa bulan rejab

Zikir adalah amalan yang sangat mudah untuk diamalkan tidak kira kita dalam keadaan suci atau tidak, tetapi ramai yang jarang untuk lakukannya sepenuh hati.

Sekiranya kita tahu akan kehebatan zikir dalam hidup ini pastinya tidak akan sesaat pun bibir kita terlepas dari kalimah-kalimah agung memuji Allah Yang Maha Esa.

5. Memperbanyakkan solat-solat sunat

Solat sunat yang kita lakukan sebenarnya boleh menampung kekurangan solat-solat fardhu yang kita lakukan setiap hari.

Selain itu, solat sunat sangat bagus untuk diamalkan kerana setiap darinya mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam meletakkan kedudukan kita disisi Allah.

6. Menghadiri majlis ilmu

Hadirkan diri ke ceramah agama, atau majlis ilmu yang memberi kebaikan sememangnya bukanlah satu hal yang sukar hari ini.

Sekiranya tidak boleh untuk bersemuka, kita boleh mengikuti pengajian di seluruh negara dengan hanya duduk di rumah menggunakan jaringan internet dan platform video meeting seperti Zoom atau Google Meet.

Semoga perkongsian kami mengenai doa bulan rejab dan amalan sunat yang boleh dilakukan dalam bulan ini dapat memberikan anda semua khususnya para wanita di luar sana ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat bagi dijadikan panduan dalam hidup.

Sama-sama kita raih kebaikan pahala dan kelebihan yang ada pada bulan ini dalam menanti hadirnya bulan istimewa iaitu Ramadhan yang bakal tiba tidak lama sahajaa lagi.


Artikel Berkaitan:

 

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart