6 Tips Pilih Sling Bag Perempuan, Elak Keliru Dengan Fungsinya

Apakah tips penting sebelum membeli sling bag perempuan yang tepat?

Beg atau handbag sangat sinonim bagi setiap kaum wanita. Malah tidak terlalu terkejutlah jika kita katakan bahawa beg merupakan perkara penting yang kedua selepas pakaian.

Hari ini boleh kita lihat, terlalu banyak corak, warna, fesyen beg tangan yang dijual di pasaran sehinggakan ramai yang rambang mata untuk memilih dan membelinya.

Sling bag perempuan misalnya menjadi antara beg tangan yang paing digemari oleh setiap golongan wanita tidak kira umur.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan tips memilih sling bag perempuan yang berkualiti dan terbaik.

sling bag perempuan dan fungsinya

Sling bag perempuan atau juga dikenali sebagai cross body bag adalah bag bertali panjang atau pendek yang dipakai secara bersilang.

Sling bag ini tidak semestinya hanya terdapat dalam saiz kecil sahaja, bahkan ada juga yang besar saiznya seperti tote bag makin menyerlahkan gaya minimalis kepada sesiapa yang memakainya.

Biasanya sling bag perempuan dipakai bersama pakaian kasual untuk menampakkan lagi elemen muda, dan bergaya seumuran remaja.

Ia sangat sesuai bagi kegunaan harian seperti ke majlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Beg ini juga “travel friendly” dan senang dibawa dimana tangan kita lebih bebas daripada perlu memegang tali beg tangan.

Cara pilih sling bag perempuan yang betul

Setiap wanita pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu sling beg di dalam almari. Hendak beli sling bag perempuan pun perlu mengikut panduan yang betul, ya!

1. Saiz beg

Soal saiz ianya bergantung kepada keperluan kita dalam mengayakannya. Untuk sling bag ini, ia tersedia dalam saiz kecil atau sederhana sahaja biasanya.

Atau dalam erti kata lain, apa yang disimpan dalam beg adalah sesuatu yang penting dan akan digunakan pada waktu tersebut.

Jika anda mahukan satu beg yang lengkap dan besar untuk dibawa ke mana-mana, sling bag bukanlah pilihan yang sesuai untuk dipakai.

2. Compartment beg

Beg tangan yang paling baik adalah yang membolehkan kita untuk menyimpan dan menyusun barang-barang penting dengan baik. 

Cari beg tangan yang sekurang-kurangnya mempunyai satu poket zip luar untuk telefon bimbit dan kunci anda.

Beg yang memiliki compartment yang banyak sangat bagus dalam membantu untuk menyimpan barang-barang yang penting dan peribadi.

3. Style dan rekaan

Sebut pasal beg tangan tentunya tidak boleh lari dari faktor style dan rekaan. Kita tertarik untuk membeli sesuatu barang pun kerana dari keunikannya di pandangan mata.

Jadi memang benarlah sangat penting pilih design yang trendy, modern, dan evergreen supaya sling bag perempuan yang kita beli itu boleh digunakan untuk satu tempoh yang lama dan tidak nampak ketinggalan zaman.

4. Bentuk badan

Setiap bentuk badan sebenarnya mempunyai jenis beg yang sesuai untuknya. Bentuk badan tiga segi terbalik dan saiz apple sesuai pakai sling bag bersaiz sederhana besar dan bertali panjang.

Bentuk badan segi empat tepat dan badan pear sesuai pakai sling bag bersaiz kecil dan bertali pendek. Manakala untuk badan hourglass, apa sahaja gaya dan jenis pemakaian beg ia sesuai pada badan.

5. Warna

Warna boleh ditentukan sama ada dari penilaian individu sendiri atau faktor persekitaran. Penilaian individu maksudnya, kita pilih beg warna A kerana kita minat dan gemari warna tersebut.

Adapun, dari segi faktor persekitaran, contohnya yang berhubung kait dengan tempat kerja atau gaya hidup.

Seorang wanita bekerjaya untuk kelihatan elegan dan profesional, mereka boleh pilih beg tangan berwarna gelap dan korporat seperti hitam, coklat, kelabu dan navy blue.

Bagi wanita yang bertubuh kecil pula, utamakan warna-warna yang lenbut seperti warna krim atau peach kerana warna tersebut baik dalam menyeimbangkan saiz tubuh ketika memakainya.

Elakkan juga pilih beg tangan yang terlalu banyak warna. Sebaiknya pilih yang terbaik dan memiliki tidak lebih dari 2 atau 3 warna dalam satu beg sahaja.

6. Kualiti

Tidak semua yang mahal itu bagus, dan tidak semua yang murah itu pula kurang kualitinya. Justeru itu bila kita nampak sesuatu yang kita minat, jangan terus dibeli.

Sebaliknya, periksa dan belek setiap inci beg tersebut baik dari segi kemasan jahitan, material yang digunakan, tengok review atau testimoni pengguna jenama tersebut dan sebagainya.

Bila berpuas hati dengan apa yang kita selidik barulah ambil keputusan untuk beli jika mahu.

Diharapkan artikel kami berkenaan dengan tips memilih sling bag perempuan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan sebelum berbelanja.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart