Ini 8 panduan mudah memilih kasut untuk wanita gempal

Tidak susah jika anda tahu apa yang mahu dipakai di kaki, tanamkan dalam fikiran bahawa anda yang membentuk gaya dan bukan gaya yang mempengaruhi anda.

Pembuat kasut tersohor, Christian Louboutin pernah berkata kasut berupaya mengubah bahasa badan dan jati diri, selain kasut juga mempengaruhi tahap psikologi dan emosi pemakainya.

Secara mudahnya, kasut yang sesuai akan menjadikan anda individu paling yakin ketika melangkah, malah kasut yang bertepatan dengan cita rasa membantu anda menguasai setiap keadaan yang dihadapi setiap hari.

Oleh sebab itulah ada wanita sangat teliti memilih kasut yang mahu diselaraskan dengan penampilan harian, lebih-lebih lagi jika menghadiri temu duga kerja yang penting.

Kami kongsikan 8 panduan berguna dalam memilih kasut untuk individu bersaiz gempal:

1. Pilih kasut berwarna gelap dengan tapak sederhana tinggi – pastikan di rak kasut anda ada sepasang kasut berwarna gelap bertapak nipis atau setinggi dua inci untuk tujuan dipakai ketika menghadiri acara atau majlis formal.

2. Kenali bentuk kaki – Ada kaki berpotongan A dan ada juga yang berpotongan B. Bagi yang berpotongan A, lazimnya ia runcing pada bahagian hadapan dan bagi yang berpotongan B, bentuknya agak lebar. Jangan tersalah pilih kasut agar kaki tidak sakit dan selesa ketika melangkah.

3. Elakkan memakai but kerana but akan menampakkan kaki individu bersaiz gempal makin besar dan janggal.

4. Kasut bertutup penuh akan membuatkan anda tampak sopan, baik kasut yang bertumit sedikit tinggi atau bertapak baji.

5. Kasut bertapak baji paling sesuai untuk individu bersaiz gempal

6. Jika mahu tampil selamat, pilih kasut berwarna tanah atau bumi, namun jika mahu menyuntik kelainan dan mahu menarik perhatian, sarungkan sepasan kasut bernatar neon seperti hijau atau merah jambu.

7. Sekiranya membeli kasut baharu, kunjungi tukang kasut untuk menambah tapak tambahan bagi mengekalkan tapak asal kasut.

8. Simpan juga sepasang dua sandal warna lembut supaya anda boleh menyarungkan ketika terdesak atau buntu bagaimana mahu menggayakan seluar denim dengan kemeja T atau sarung ikat dengan kurung kedah.

Semoga bermanfaat!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart