5 Jenama dan idea kasut pengantin buatan Malaysia Paling ‘On Point’

Kasut adalah antara aksesori terpenting dalam penataan gaya, terutama sekali pada hari bahagia anda. Anda tentu tidak mahu pemilihan kasut yang salah meroskkan penampilan anda sebagai ratu sehari bukan.

Selain keselesaan, anda pasti mahukan kasut dengan rekaan cantik dan terkini, paling penting tidak dipakai ketika hari bahagia sahaja malah pada bila-bila masa. Misalnya boleh dipakai ke pejabat, bersantai hujung minggu bersama tersayang, acara formal dan pelbagai lagi. Barulah tidak membazir membeli kasut.

Kami senaraikan beberapa tempat paling best boleh anda beli dan semestinya kesemua pilihan merupakan buatan tempatan dan harga berbaloi.

1) Cipela

Cipela (sebutan see-pair-la) merupakan jenama tempatan yang bermula pada tahun 2011, tidak hanya fokus pada bridal, Cipela tampil juga beberapa koleksi kasut lain untuk everyday dan evening. Menerapkan elemen eksklusif ke dalam setiap reka bentuk, Cipela masih mengekalkan tradisional di mana menggunakan fabrik seperti batik, songket dan pelbagai lagi untuk mengetengahkan identiti tempatan.

#2 Nelissa Hilman

Biasa dengan jenama Nelissa Hilman? Selesa tampil rekaan yang minimalis tapi masih mengikuti trend terkini dalam pilihan warna yang pelbagai. Dari sandal sehingga ke stilettos, semuanya ada di Nelissa Hilman.

#3 Christy Ng

Christy Ng adalah seorang usahawan muda Malaysia yang patut dibanggakan kerana berjaya meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Jenama ini fokus kepada custom shoes, di mana sesuai dipakai untuk majlis khas atau pakaian seharian.

#4 XALF

Menariknya, jenama ini diilhamkan daripada watak fikyen Carrie Bradshaw dalam siri Sex and The City, tapi masih memberi sentuhan Malaysia dalam setiap rekaan.

#5 ShoesShoesShoes
photos by www.medisproject.com

Bukan sahaja rekaan yang comel dan cantik, malah ShoesShoesShoes masih mengekalkan keselesaan agar ianya seiring. Tak mahulah dikatakan kasut sahaja cantik tetapi sekali pakai, punyalah sakit kaki. Kan….

Dah pilih mana yang berkenan?

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top