8 Konsep Pre-Wedding Ala Korea Paling “Hits” dan Romantik Tapi Sangat Simple

Demam drama Korea dan Korea Pop (K-pop) memang tidak dinafikan sangat mempengaruhi gaya hidup golongan muda pada hari ini. Hal ini termasuklah dari konsep pre-wedding ala Korea yang menjadi ikutan dan trend popular sehingga kini.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa idea menarik untuk dijadikan panduan menjelang pra-hari bahagia anda.

Apa itu pre-wedding?

Budaya perkahwinan kita di Malaysia ini bukan hanya popular dengan wedding photography tetapi juga pre-wedding photography. Kebiasaannya, pre-wedding ini diabadikan sebagai kenang-kenangan di hari pertunangan kita.

Idea konsep Pre-Wedding ala Korea special bagi jiwa muda

Bagi penggemar dunia hiburan Korea, tentunya melihat drama Korea di televisyen dan mengikut perkembangan artis pujaan kita berlakon memberi satu aura yang berbeza untuk dijadikan inspirasi konsep pre-wedding ala Korea.

Berikut ini adalah beberapa konsep pre-wedding yang boleh anda pilih dan cuba.

1. Gaya vintage Korea

konsep pre-wedding ala korea

Konsep suasana yang klasik, antik, dan astetik menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan gaya vintage Korea. Unsur-unsur klasik itu boleh dipengaruhi oleh beberapa pilihan sama ada dari segi perabotan, persekitaran, pakaian, dan gaya dalam bergambar.

2. Gaya minimalis Korea

Konsep minimalis adalah konsep yang ringkas, simple, dan tersusun. Dari segi posisi perabot atau perincian latar belakang, ianya tidak memerlukan identiti yang banyak. Gabungan putih dan coklat atau warna-warna neutral yang lain pun sudah memadai.

3. Colourful dan kasual

Idea konsep yang satu ini mungkin sudah menjadi keutamaan dalam mana-mana konsep pre-wedding yang ada. Gabungan konsep colourful dan kasual memberi suasana yang sangat ceria tetapi romantik.

Bukan itu sahaja, dengan konsep ini juga kita boleh mensesuaikannya dengan pelbagai jenis gaya. Biasanya outdoor menjadi lokasi yang dipilih untuk mengekalkan konsep warna-warni dan sekaligus menghasilkan foto yang terbaik.

4. Gaya hitam dan putih

konsep pre-wedding ala korea

Konsep foto hitam putih menampakkan hasil yang sangat menarik, unik, dan astetik bagi pengemar gaya itu. Gaya ini pernah digunakan oleh pasangan selebriti Korea iaitu Lee Byung Hun dan Lee Min Jung menerusi foto pre-wedding mereka.

5. Gaya Korea street style

Berjalan atau beraksi di atas jalan raya menjadi trend yang popular bukan sahaja dari konsep pre-wedding ala Korea ini, malah konsep tempatan yang lain juga. Gaya ini boleh digunakan untuk dua waktu sama ada siang atau malam.

Bermain dengan cahaya cerah di siang hari menjadikan kepaduan warna foto itu amat luar biasa. Bila waktu malam pula, kita boleh menikmatinya dengan cahaya lampu dan sinar kelam malam yang membuatkan suasana bertambah menarik.

6. Ala Korea di hutan

Tidak sedikit rupanya tempat menarik di Malaysia yang mempunyai kecantikan seperti di luar negara. Konsep ala Korea di hutan ini misalnya boleh kita lakukan di Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan.

Suasananya yang seakan-akan Manami Island memang sesuai bagi kita yang gemarkan konsep outdoor yang dekat dengan alam hijau.

7. Gaya glamour

konsep pre-wedding ala korea

Gaya glamour lebih tertumpu kepada sesuatu yang elegan dan eksklusif. Dari sisi pakaiannya pula kita akan mengayakan pakaian formal yang hampir serupa dengan majlis perkahwinan itu nanti.

Yang wanita biasanya memakai dress putih labuh manakala yang lelaki memakai sut lengkap bersama black tie atau bow.

8. Konsep indoor dan outdoor

Satu lagi konsep pre-wedding ala Korea yang menjadi pilihan ramai adalah konsep outdoor dan indoor. Idea ini menyerahkan 100% pemilihan gaya dan konsep kepada kita untuk menonjolkan diri sebagai imej utama.

Jangan tahan idea kita untuk dapatkan hasil foto pre-wedding yang terbaik. Sangat menarik jika konsep ini bersatu dengan banyak flora dan alam semula jadi yang ada di sekeliling kita.

Semoga perkongsian mengenai konsep pre-wedding ala Korea yang menarik dan unik ini dapat kita jadikan panduan terbaik menjelang hari bahagia itu nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart