Bukan senang nak kahwin muda, ini perkara yang anda patut buat untuk yakinkan keluarga

Jangan salah faham, isu kahwin muda yang bakal dibincangkan disini tiada kena mengena dengan perkahwinan bawah umur ya. Untuk lebih jelas, kahwin muda di sini adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia seawal 20-an. Jadi apakah berkahwin muda jalan yang paling tepat untuk dipilih?

Bila anda membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang diusia muda, ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkahwinan itu sendiri bukan untuk seronok tetapi lebih terarah kepada tanggung jawab dan amanah yang wajib dipikul.

Apabila anda membuat keputusan menamatkan zaman bujang pada usia muda, perkara yang paling dirisaukan adalah bagaimana ingin berterus terang dengan keluarga tentang niat murni anda itu.

Mungkin anda boleh cuba 3 cara yang kami kongsikan dibawah ini:

1) Tunjukkan sikap matang anda

Sikap matang yang dimaksudkan ini adalah matang dalam tingkah laku, membuat keputusan serta berbicara. Bukan apa, ibu bapa ini bimbang jikalau anak mereka membuat keputusan ikut rasa. Bak kata pepatah ikut rasa binasa.


Pamerkan sikap matang supaya ibu bapa anda yakin bahawa anda sudah yakin dengan keputusan dan bukannya keputusan yang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Hormat orang tua, tunjukkan sikap, akhlak, serta budi pekerti yang baik. Bukan untuk sehari dua, tetapi praktikkan dalam diri supaya jadi amalan.

2) Dahulukan habis pembelajaran

Dahulukan lah pelajaran. Janjikan pada orang tua anda bahawa anda akan jadikan pembelajaran anda sebagai keutamaan. Hanya selepas anda tamat belajar barulah rumahtangga itu menjadi keutamaan. Bincang dengan pasangan, tidak akan timbul masalah jika kedua anda sepakat dan saling memahami antara satu sama lain. Tahulah tanggungjawab masing-masing.

3) Bincang dari hati ke hati

Kenalkan calon bakal suami/isteri tersebut pada ibu bapa anda. Nyatakan kenapa anda ingin tamatkan zaman bujang anda di usia yang muda, di mana sumber wang yang bakal menanggung rumahtangga anda kelak, dan yakinkan bahawa anda sudah bersedia. Jangan berkasar dan jangan bicara dengan nada mendesak. Bincang dengan lemah lembut dan sopan. Nada yang rendah supaya tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Seperti sedia maklum bahawa hati orang tua ini mudah terasa.

Semoga berjaya!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart