Hukum Faraid Suami Meninggal Dunia Jangan Ambil Jalan Mudah, Penting Isteri Tahu Haknya

Setiap yang hidup pasti akan kembali semula kepada Allah apabila sampai masanya. Begitu juga halnya dengan suami isteri. Isu berkenaan dengan faraid suami meninggal dunia menjadi topik yang agak hangat untuk dibicarakan hari ini.

Artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang hukum faraid suami meninggal ini dan juga beberapa panduan yang bermanfaat untuk wanita dan juga isteri.

Pengertian faraid

Dari segi bahasa faraid bermaksud menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Manakala dari segi syarak pula, faraid ini adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada dia meninggalkan wasiat atau tidak sebelum meninggal dunia.

Dengan harta peninggalan ini jugalah nanti akan dibahagikan kepada waris seperti anak, isteri / suami / ibu, dan lain-lain) mengikut hukum Islam.

Untuk pengetahuan anda, harta yang dibahagikan ini adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan sebagainya) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta.

Jenis harta yang boleh difaraid

ara w

Antara contoh harta yang boleh dibahagikan secara faraid adalah seperti:

  • Tanah
  • Bangunan (rumah, kilang, gudang, dan sebagainya)
  • Barang kemas (emas, perak, dan sebagainya)
  • Insurans dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak)
  • Binatang ternakan (kambing, lembu, untak, kerbau dan sebagainya)

Contoh pengiraan pembahagian faraid

Kita ambil contoh situasi, sebuah keluarga yang terdiri dari seorang suami (ketua keluarga), isteri, dan lima orang anak (2 lelaki dan 3 perempuan). Suami masih memiliki ibu bapa. Hendak dijadikan cerita, suami sudah sampai ajalnya dan lalu meninggal dunia.

Berikut ialah waris yang layak untuk harta pusaka arwah:

  1. Bapa arwah
  2. Ibu arwah
  3. Isteri arwah
  4. Anak lelaki
  5. Anak perempuan

Setelah harta arwah ditolak dengan:

  1. Kos pengurusan jenazah
  2. Selesai pembayaran hutang arwah
  3. Selesai urusan wasiat

Maka, baki harta adalah sebanyak RM300,000 juta ringgi. Berpandukan firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 11 – 12. Justeru pembahagian harta mengikut faraid adalah seperti yang berikut:

  • Bahagian si ayah kepada suami: 1/6,
  • Bahagian si ibu kepada suami: 1/6,
  • Bahagian si isteri: 1/8,
  • Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Pengiraan berapa setiap waris dapat?

faraid suami meninggal

Mula-mula,  kira dahulu bahagian awal iaitu bahagia untuk si ayah, si ibu dan si isteri arwah. Dengan menggunakan pecahan seperti di atas.

Dari cara pengiraan ini, kita dengan mudah dapat mengenal pasti keseluruhan harta peninggalan arwah ada 24 bahagian. Atau mudahnya, ibu dan ayah arwah mendapat 4 bahagian, dan manakala isteri arwah pula mendapat 3 bahagian.

Selebihnya, 13 bahagian akan diagih-agihkan pula kepada anak-anak arwah. Seterusnya untuk mendapatkan nilai sebenar setiap satu bahagian, kita hanya perlu bahagikan nilai harta tinggalan arwah dengan jumlah bahagian yang terhasil iaitu 24.

faraid suami meninggal

Satu bahagian bersamaan dengan nilai RM12,500. Dengan itu nilai agihan untuk bahagian berikut adalah seperti dibawah:

  • Ayah si arwah
    RM12,500 X 4 = RM50,000
  • Ibu si arwah
    RM12,500 X 4 = RM50,000
  • Isteri si arwah
    RM12,500 X 3 = RM37,500

Bagi lima orang anak arwah pula, mereka akan mendapat lebihan dari harta yang tinggal. Jumlah harta baki yang tinggal selepas diberikan kepada si ayah, si ibu, dan isteri arwah adalah sebanyak RM162,500.

Daripada jumlah ini kita boleh tentukan bahagian untuk anak-anak arwah seperti berikut:

faraid suami meninggal

Jumlah total tadi dibahagikan kepada 7 bahagian kerana arwah ada 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Maka nilai satu bahagian ialah: RM23,214.29

Oleh yang demikian pembahagian adalah seperti beikut:

  • Setiap anak lelaki
    RM23,214.29 X 2 = RM46,42.58
  • Setiap anak perempuan 
    RM23,214.29 X 1 = RM23,214.29

Hukum bagi faraid suami meninggal dunia jangan dipandang remeh

Bercakap soal harta dan kekayaaan, manusia boleh dibutakan dengan semuanya di dunia. Oleh kerana itulah, persengketaan antara isteri arwah dan adik-beradik ipar berlaku hari ini.

Walaupun ada sesetengah kes, di mana adik-beradik berhak pada harta arwah namun perlu juga dilihat akan tanggungjawab yang perlu dipikul apatah lagi jika arwah meninggalkan anak-anak yatim.

Jangan ambil bab agama ini separuh-separuh sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Memang dari segi hukum, kita tidak berdosa sekiranya mempunyai hak dalam harta tersebut.

Namun dari segi tanggungjawab dan menjalankan kewajipan sesama Muslim, kita sebenarnya gagal dalam memberi nafkah pada anak-anak arwah, tempat tinggal, pakaian, makan, dan minum.

Yang mampu untuk membela nasib anak-anak yatim ini adalah ibunya iaitu isteri arwah. Isteri arwah perlu faham akan hukum bagi faraid suami meninggal dunia ini agar tidak diperkotak-katikkan dengan mudah oleh orang lain.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top