Juara AJL 37 Rupanya Pernah Berlakon & Menyanyi Sampai Los Angeles, Ini 10 Fakta Tentang Aina Abdul

Malam tadi menyaksikan sebuah anugerah berprestij tinggi bagi meraikan pengkarya-pengkarya di Malaysia ini. Anugerah Juara Lagu (AJL 37) telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan beberapa nama penyanyi untuk memegang trofi kemenangan di atas pentas gah itu.

Artikel pada kali ini, kami akan mengajak anda untuk kita recap kembali persembahan bagi juara AJL 37, Aina Abdul dan beberapa fakta menarik tentangnya.

Biodata Aina Abdul

juara ajl 37

1. Nama sebenar: Nurul Aina Binti Abdul Ghani, dan lebih dikenali dengan nama glamournya iaitu Aina Abdul.

2. Berusia 30 tahun (2023).

3. Anak kelahiran Negeri Sembilan.

4. Mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Bakat nyanyian Aina Abdul dalam bidang nyanyain mula dikenali selepas dia mengikuti sebuah rancangan realiti nyanyain, Mentor Legend 2014 yang telah mengangkatnya sebagai Naib Juara di bawah bimbingan Ratu Rock Malaysia, Ella.

6. Memulakan langkah dalam bidang seni menerusi single sulung berjudul “Ini Yang Kau Mahu” yang diterbitkan pada September 2015. Single lain yang juga popular menerusi suara nyaringnya itu adalah seperti Sumpah, Ghost Reminiscing, Ribut Hati, dan Shadow.

7. Penyanyi dalam genre muzik pop.

8. Berbakat dan aktif sebagai komposer dan penulis lirik.

9. Penah bergandingan dengan aktres Malaysia, Amyra Rosli dalam membintangi drama rantaian Seindah Takdir Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 (2016).

10. Menjadi juara dalam World Championships of Perfoming Arts (WCOPA) 2014 di Loz Angeles menerusi kategori Vocalist of The World. Pencapaian lainnya termasuklah pernah menjuarai Golden Voice of MBPJ 2012, tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, bergelar finalis Irama 1 Malaysia RTM 2010, Metro Idol 2010, dan Bintang Remaja RTM.

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 37

juara ajl 37

  • Juara AJL 37: Aina Abdul (Terus Hidup)
  • Naib Juara: Joe Flizzow & Sonaone (Satu Malam Di Temasek)
  • Tempat Ketiga: Aliff Aziz & The Locos (Anugerah Terindah)
  • Vokal terbaik: Aina Abdul
  • Persembahan terbaik: Shiha Zikir (Irama)
  • Penyanyi pilihan Alha Alfa: Khai Bahar (Sengsara)

Selain itu, lagu-lagu yang menjadi finalis dalam AJL 37 malam tadi adalah seperti:

  1. Nang – Iman Troye
  2. Sengsara – Khai Bahar
  3. Mainan – Naim Daniel
  4. Bahagiakan Dia – Shila Amzah & Liza Hanim
  5. Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos
  6. Korban – Ernie Zakri
  7. Payung Pelangi – Noki & MK
  8. Irama – Shiha Zikir
  9. Debu – Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  10. Kembali Terang – Marsha Milan
  11. Terus Hidup – Aina Abdul
  12. Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow & SonaOne

https://youtu.be/PLVVd2BDl5o

Ketua juri dedah persaingan sengit antara juara AKL 37 dan naib juara

Ketua Juri Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan persaingan sengit berlaku antara lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dan Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne.

Menurut Mokhzani, Terus Hidup bersaing rapat dengan Satu Malam Di Temasek namun apa yang memisahkan mereka sebagai juara dan naib juara adalah persembahan vokal.

“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat beza markah mereka iaitu Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek. Apabila permarkahan dibuat menerusi melodi, ia ada pada Terus Hidup, manakala kreativiti pula ada pada Satu Malam Di Temasek.

Namun, kedua-dua lagu mempunyai kekuatan pada lirik dan juga vokal. Tapi kami melihat kekuatan vokal dalam dua medium, iaitu vokal dalam album dan juga vokal atas pentas AJL 37.

Tatkala Aina dinobatkan sebagai Vokal Terbaik, ia adalah antara faktor yang mengangkat ia menjadi juara dengan kelebihan sebanyak dua markah. Begitu juga dengan lagu yang meraih tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop dan balada.

Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawakan oleh lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos jadi pilihan.

Selain itu, antara lagu yang turut mendapat markah yang paling hampir adalah Korban nyanyian Ernie dan Kembali Terang nyanyian Marsha Milan yang masing-masing berada di tempat keempat,” katanya ketika sidang media usai AJL 37, malam tadi.

Tahniah kami ucapkan kepada juara AJL 37, Aina Abdul dan semua pemenang yang telah dinobatkan malam tadi. Tidak dilupakan juga kepada finalis-finalis yang telah berusaha dan bertungkus lumus dalam menjayakan anugerah tersebut.

Semoga industri seni tanah air kita terus berkembang maju dan meriah dengan keindahan karya-karya “air tangan” dari penyanyi dan pengkarya muda.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top