“Azwan Pandai Curi Hati, Cair Lihat Kesungguhannya Cuba Untuk Melamar,” Selesai “Bersengketa” Akhirnya Abang Viva Kahwin Dengan Kekasah Hati

Disaat semua orang sedang gawat dirundum kesedihan dalam mengharungi banjir tahun lalu, hadir seorang insan biasa yang hanya berkereta Perodua Viva. Pemilik empunyai nama yang menjadi hero rakyat Malaysia adalah Azwan Omar. Dia mencuri tumpuan ramai dengan kisahnya bergerak solo membawa bot getah di atas kereta dari Melaka ke Selangor dengan hanya berbekalkan RM50 untuk membantu mangsa banjir. Selepas kisahnya viral, dia kemudian dikurniakan pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh negeri Melaka. Perkembangan terbaru, berita mengenai Abang Viva kahwin sudah sampai ke pengetahuan semua orang.

Momen dapat cincin masa Live rupanya tengah gaduh, Abang Viva kahwin dengan jurulatih kesihatan

abang viva kahwin

Pasti ramai yang masih ingat dengan momen mencuit hati pasangan bahagia ini ketika Azwan menunjukkan cincin yang dibelinya kepada kekasih hati. Sejak itu, ramai yang cuba meneka bilakah agaknya Evanoza Zakaria dan Abang Viva kahwin.

“Masa Azwan buat live tu, kami berada di International Youth Club (IYC) untuk satu program zumba. Kemudian, ada sesuatu yang Eva buat namun tidak disukainya. Dek kerana terlalu penat membuatkan saya tidak berapa nak layan isu yang Azwan bangkitkan itu. Masa tu dia merajuk dan terus nak memandu balik ke Melaka.

“Nak dijadikan cerita, Azwan menghubungi saya berkali-kali untuk video call tapi saya tak layan. Terlalu penat. Lepas tu Azwan minta saya masuk live dan saya sangat terkejut bila Azwan tunjukkan cincin. Ingatkan dia main-main. Entah bilalah dia beli cincin itu. Nasib baik muat di jari!”

“Abang Viva dia pandai curi hati, cair melihat kesungguhannya”

Eva berkata selepas dia menerima cincin yang diberikan Azwan, mereka seterusnya melangkah ke fasa untuk bertemu dengan keluarga. Bagi Eva apa yang menarik tentang Azwan adalah kesungguhan dan keseriusan dirinya. Mudah untuk seorang lelaki melafazkan kata “cinta” kepada wanita yang disayangi tetapi tidak ramai yang sanggup untuk menghalalkan dengan ikatan yang sah melalui perkahwinan.

Selain daripada itu, sikap Azwan yang mengambil berat dan protective akan memastikan Eva sentiasa berada dalam keadaan selamat dan di tempat yang selamat setiap kali mereka keluar dan ada orang ingin bergambar dengannya.

“Masa tu, Azwan akan pastikan saya berada di tempat selamat. Mata dia akan melilau cari saya.”

abang viva kahwin

Perhubungan juga pernah dihambat kontroversi, Abang Viva kahwin tidak dapat restu ibu bapa?

Baru-baru ini kecoh sekali lagi isu Abang Viva kahwin tidak mendapat restu ibu bapa. Siapa sangka hari yang disangka hari bahagia bagi semua pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan bertukar kontroversi setelag adik beradiknya sendiri memuat naik hantaran di media sosial yang mengundang fitnah dan tanda tanya ramai.

Susulan itu, Abang Viva tampi menerusi siaran langsung di Facebooknya bagi menjelaskan isu berbangkit. Ujarnya, dia sudah pun bernikah pada 14 Oktober lalu.

Sekaligus menyangkal tuduhan yang mengatakan perkahwinannya adalah rahsia dari pengetahuan ibu bapanya. Dia bahkan sudah memberitahu ayahnya sebanyak 3 kali manakala ibunya 5 kali. Namun ketika itu, mereka tidak merestui calon isteri pilihannya.

Mengulas tentang ibu bapanya yang tidak hadir pula ketika hari pernikahannya. Azwan berkata, ia berlaku atas faktor kesihatan mereka yang kurang baik ketika itu. Selain itu, dia akui tidak tahu menahu mengenai apa yang terjadi antara ahli keluarganya kerana sudah dikeluarkan daripada WhatsApp Group ketiika dia terlibat dengan misi banjir di Kedah sejak bulan Julai lalu.

abang viva kahwin

“Saya tak nak cerita selebihnya sampai membuka aib sesiapa. Live ini dibuat untuk betulkan kenyataan orang terhadap saya,” kata Abang Viva.

Azwan kini telah pun menubuhkan sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Pasangan serasi ini terus rajin mengikuti misi bantuan kemanusiaan khususnya di Malaysia. Apa-apa kita berharap dan mendoakan Abang Viva dan pasangan dapat melalui alam perkahwinan ini dengan sebaik mungkin dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Setiap hubungan cinta pasti ada ujiannya. Tetapi ujian perkahwinan lebih hebat ujiannya kerana di alam perkahwinan kita lebih mengenali sisi pasangan dan keluarga yang kita nikahi.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top