Wanita Takut Untuk Berkahwin Pun Satu Masalah Juga, Duhai Para Lelaki Ambil Tahu Perasaan Mereka

Betul ke semua orang bersedia untuk kahwin dan mendirikan rumah tangga? Ada orang yang memang simpan impian untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri bersama orang yang dicintainya. Namun ada juga sesetengahnya yang lain lebih suka untuk “berdiam” kerapa mereka takut untuk berkahwin? Huh, takut berkahwin dari segi apa? Untuk tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apakah itu gamophobia?

takut untuk berkahwin

Gamophobia adalah sejenis fobia yang membuatkan seseorang itu takut untuk memiliki komitmen lebih serius seperti berkahwin atau dalam kata lainnya dia takut untuk berkahwin. Namun yang demikian, fobia jenis ini tidak mempunyai masalah sama sekali untuk menjalinkan hubungan cinta dan mengenali pasangan secara dekat.

Ciri-ciri orang gamophobia

Antara ciri-ciri orang gamophobia adalah seperti yang berikut;

  • Rasa bersalah atau malu kerana takut akan perkahwinan tau komitmen.
  • Ketakutan atau panik yang kuat bila berhadapan dengan isu perkahwinan dan komitmen
  • Kurang kawalan terhadap ketakutan perkahwinan atau komitmen.
  • Rasa takut, beban atau bimbang tentang pemikiran perkahwinan atau komitmen yang luar biasa.
  • Kesedaran bahawa ketakutan terhadap perkahwinan atau komitmen adalah berlebihan.

5 sebab mereka boleh takut untuk berkahwin

Tiada masalah di dunia ini yang berlaku tanpa sebab atau puncanya. Golongan gamophobia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun agak sukar menentukan punca masalah, tetapi menurut Dr Sarah Lewis di Health Grades berpendapat bahawa ia berkait rapat dengan masalah lalu yang negatif. Kaum wanita mungkin takut untuk berkahwin disebabkan faktor seperti:

1. Pernah melalui putus cinta

takut untuk berkahwin

Gagal dalam percintaan memberi pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap orang yang pernah mengalaminya. Tidak semua yang mampu bertahan dengan kekecewaan itu, dan tidak sedikit juga yang murung dan akhirnya membunuh diri sendiri dengan cara yang ngeri hanya kerana hubungan cinta yang putus di tengah jalan.

Sekiranya pengalaman cinta itu memberi kenangan yang sangat memberi makna, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Dalam diam, hasil daripada kesan inilah yang menyebabkan sesetengah orang takut dan serik untuk mencari pasangan yang baru. Sehinggakan lama kelamaan mereka lebih gemar bersendirian dan tidak mahu untuk berkahwin.

2. Takut jika dapat suami yang tidak baik

Semua lelaki inginkan watak hero lelaki yang soleh dan baik seperti dalam drama televisyen dan novel. Untuk mendapatkan pasangan yang sempurna ianya memang mustahil sekali kerana kita adalah manusia yang sangat jauh dari kesempurnaan jika hendak dibandingkan dengan Nabi.

Namun itulah impian kebanyakkan wanita. Ini mungkin sebab mereka takut berkahwin kerana takut mendapat suami yang tidak baik. Ditambah dengan kes keruntuhan dan penderaan rumah tangga yang kejam menjadi paparan muka utama di berita dan dada akhbar semakin memuncakkan rasa fobia mereka untuk melangkah lebih jauh dalam sesebuah perhubungan.

3. Takut dikongkong

Ada juga wanita zaman moden hari ini yang takut berkahwin kerana tidak mahu dikongkong. Walaupun hakikat lelaki bekerjaya juga tidak menjadi masalah sekiranya isterinya bekerja namun apa yang difikir para wanita ianya mungkin sedikit berbeza.

Mereka beranggapan jika berkahwin, mereka tida boleh lagi bersosial, makan dan minum dengan kawan-kawan, shopping sesuka hati, dan melakukan aktiviti bersama. Semuanya terbatas dan dikawal atas nama seorang “suami”. Kefahaman inilah yang perlu diubah dalam mindset wanita agar mereka lebih tahu hala tuju dalam sebuah perkahwinan.

4. Terlalu pentingkan kerja dan kerjaya

Ini masalahnya bagi wanita yang sibuk bekerja dan selalu komited menaik taraf kerjayanya sehingga ke peringkat tertinggi. Dua perkara yang menghantui diri mereka dengan istilah kahwin adalah karier akan musnah, dan dipaksa menjadi suri rumah sepenuh masa.

takut untuk berkahwin

5. Ada fobia masa lalu dengan keluarga sendiri

Penceriaan dalam keluarga dan layanan teruk ibu bapa kita kepada pasangan masing-masing berpotensi untuk menyebabkan kita takut mendirikan rumah tangga.

Bagaimana mengatasi masalah gamophobia?

takut untuk berkahwin

Secara umumnya, masalah yang melibatkan isu kesihatan mental seperti ini tidak ada cara lain selain individu itu sendiri melakukan perubahan kepada dirinya. Cara ini memang sukar jika tidak melibatkan bantuan dari pakar atau orang yang boleh dipercayai. Oleh itu untuk mengatasinya, kita perlu:

  • sedar dan akui akan ketakutan yang dialami terhadap komitmen yang melibatkan perkahwinan.
  • berlaku jujur dengan pasangan dan jangan takut untuk meluahkan rahsia tersebut mengenai fobia yang kita sendiri alami.
  • elakkan memaksa diri untuk berkahwin hanya untuk mengatasi masalah fobia itu kerana dikhuatiri ianya akan bertambah teruk.
  • jumpa dan minta bantuan dari pakar atau ahli kesihatan mental yang profesional atau bertauliah untuk membantu kita keluar dari fobia itu.
  • jangan berlegah-legah kerana kesihatan mental melibatkan isu dalaman yang kita sendiri tidak tahu seberapa teruk ia memberi kesan kepada kehidupan jangka masa panjang.

Lelaki yang berhadapan dengan wanita yang mengalami gamophobia perlulah lebih banyak bersabar dan menunjukkan rasa kesungguhan yang tinggi untuk menyakinkan diri mereka. Kerana pada hakikat sikap dan perspektif wanita itu adalah lembut dan rapuh dengan orang yang dia sayangi.

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart