“Susahnya nak beli cincin, saiz tak pernah sepadan…” Ini sebab kenapa jari anda mengembang dan mengecil

Sekiranya anda memakai cincin, anda mungkin perasan bahawa kadangkala ia sangat longgar dan menjadi ketat pada waktu lain. Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa perkara ini berlaku.

Badan bertindak balas terhadap perubahan suhu

Sebab utama mengapa jari anda mengembang dan mengecil adalah kerana badan anda bertindak balas terhadap perubahan suhu di persekitaran anda. Ketika anda berada di persekitaran yang sejuk, tubuh anda berusaha untuk tetap hangat dengan menyekat saluran darah dan mengurangkan aliran darah ke kulit anda.

Proses ini dipanggil pencerutan pembuluh darah atau vasokonstriksi. Apabila pembuluh darah mencerut, aliran darah terhalang atau berkurang, lalu menahan haba badan atau daya tahan pembuluh darah meningkat. Ini menyebabkan jari dan jari kaki anda mengecil, jadi jika anda memakai cincin di jari anda, ia akan menjadi longgar.

Terbalik pula berlaku ketika panas di luar. Tubuh anda cuba menyejukkan badan dengan menghilangkan haba melalui kulit anda, dalam proses yang kita semua lalui; berpeluh. Apabila suhu luaran meningkat, saluran darah anda melebar, sehingga aliran darah anda meningkat dan lebihan panas di dalam badan anda dapat dilepaskan ke persekitaran melalui kulit anda. Ini dikenali sebagai vasodilatasi. Pelebaran ini menyebabkan jari dan jari kaki anda mengembang, jadi jika anda memakai cincin, ia akan menjadi lebih ketat.

Beza vasodilatasi dan vasokonstriksi

Vasodilatasi adalah pembesaran pembuluh darah. Ia berlaku apabila otot-otot di dinding pembuluh berehat. Bertentangan vasodilasi adalah vasokonstriksi. Ia adalah satu keadaan di mana saluran darah disempitkan. Dalam erti kata lain, penyembitan pembuluh meningkatkan tekanan darah, sementara pembesaran menurunkan tekanan. Kedua-dua keadaan ini boleh berlaku kepada organ tunggal di seluruh tubuh.

Terdapat sebab-sebab lain dari fenomena ini juga

Artritis: Sekiranya jari anda cenderung membengkak setiap pagi, itu mungkin merupakan tanda artritis.

Senaman : Ramai orang mendapati bahawa jari mereka membengkak semasa bersenam. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa senaman menyebabkan otot anda menghasilkan haba, sehingga saluran darah anda mengembang untuk menghilangkan panas yang berlebihan.

Pengekalan Air (Water Retention) : Sekiranya anda mengambil banyak sodium (garam), tubuh anda menyimpan banyaka air, yang membuat anda merasa bengkak dan kembung. Cuba hadkan pengambilan sodium, bukan hanya untuk mengurangkan bengkak tetapi juga untuk meningkatkan kesihatan jantung anda.
Edema adalah istilah perubatan untuk penumpukan cecair di kaki, pergelangan kaki, muka dan tangan anda. Selain daripada diet tinggi sodium, faktor lain seperti ubat-ubatan, kegagalan jantung dan penyakit hati atau buah pinggang juga boleh menyebabkan edema.

Kehamilan : Semasa hamil, badan anda menghasilkan lebih kurang 50% lebih banyak darah dan cecair lain, untuk membantu bayi membesar. Sebenarnya kira-kira 25% berat badan yang anda peroleh semasa hamil hanyalah berat air.
Lebihan cecair ini mengisi tisu anda, terutama yang ada di tangan, kaki dan pergelangan kaki anda. Ia membantu melembutkan sendi dan tisu, dan membukanya untuk membantu menyiapkan badan anda untuk bersalin.

Carpal Tunnel Syndrome : Ini adalah masalah yang biasanya dihadapi oleh orang yang melakukan banyak kerja dengan tangan mereka. Aktivit seperti menaip misalnya boleh menyebabkan kcederaan regangan berulang, bukan hanya di jari anda tetapi di pergelangan tangan, lengan dan siku juga, menyebabkan mereka membengkak.

Sekarang dah jelas kenapa jari anda mengembang dan mengecil. Di harap maklumat di atas memberi sedikit penerangan kepada anda semua.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] saya sangat terkejut bila Azwan tunjukkan cincin. Ingatkan dia main-main. Entah bilalah dia beli cincin itu. Nasib baik muat di […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart