Zahirah Macwilson kongsi tips gaya seluar jeans untuk wanita hamil

Bagi wanita hamil selain emosi tidak stabil dan nafsu makan yang sukar dijangka mereka juga tidak terlepas daripada mengalami perubahan bentuk badan.

Situasi itu lazimnya berlaku disebabkan perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan.

Perkara sedemikian turut diakui oleh pelakon dan model jelita Zahirah Macwilson, yang kini berdepan kenaikan berat badan sehingga tidak muat untuk menyarungkan seluar jean.

Menerusi laman sosial peribadi, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, itu memberitahu, minggu ke-18 hingga 24 merupakan fasa kehamilan yang dirasakan janggal untuk saiz fizikal badannya.

“Pada tahap ini saya tidak kelihatan seperti mengandung, tetapi menyedari badan mengalami kenaikkan beberapa kilogram dan membulat,” tulisnya dalam kapsyen selepas memuatnaik satu video berkongsi tip memakai seluar jean bagi wanita hamil di Instagram baru-baru ini.

Tutur pemilik nama sebenar, Nur Zahirah Macwilson Zainol yang sudah melepasi minggu ke-26, beliau ingin menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung.

Ini disebabkan beliau mengetahui saiz badannya akan semakin membesar.

“Saya jarang memakai seluar jean, namun dalam keadaan fizikal begini rasa seronok apabila mampu menggayakannya selepas mempraktikkan tip seumpama ini.

“Lagipun ia (jean) masih muat pada bahagian paha, cuma tak boleh butang kerana perut membesar,” ujarnya lagi yang hanya menggunakan getah rambut rona hitam.

Cara-caranya:

1- Pilih aksesori rambut bersifat elastik.

2- Kemudian, masukkan pengikat rambut itu ke dalam lubang butang dan ikat.

3- Selepas itu, cangkuk getah rambut berkenaan ke butang seluar jean.
4- Siap untuk digayakan ketika keluar bersantai.

Ingat ya, meskipun mengandung itu tidak bermakna wanita tersekat untuk bergaya stailo dengan seluar denim kegemaran.

Solusinya mudah dan murah dengan hanya menggunakan getah pengikat rambut bagi membesarkan bahagian pinggang seluar.

Selamat mencuba!

Klik link dibawah untuk video tutorial:

https://www.instagram.com/p/CFzAgXZJe6y/

Peminat yang mengikuti siaran video tersebut tampil meninggalkan komen dan turut mengucapkan terima kasih kerana perkongsian teknik yang diajar oleh pelakon itu.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 thought on “Zahirah Macwilson kongsi tips gaya seluar jeans untuk wanita hamil”

  1. Pingback: Song Ji Hyo Di Malaysia Ramai Terkena "Histeria", Perangai Spontannya Di Puji Ramai

Leave a Reply

Scroll to Top