Posted on: October 5, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Penduduk negeri Sarawak telah diundi sebagai penduduk negeri paling romantik di Malaysia. Undian ini telah di buat dalam satu portal e-dagang antarabangsa Picodi.com.

Dalam satu laporan The Borneo Post, turut menyenaraikan Sarawak sebagai negeri paling romantik di Malaysia di ikuti oleh negeri Johor dan Sabah.

Manakalah Putrajaya, Kelantan dan Terengganu pula berada dalam undian tercorot sebagai negeri kurang romantik.

Keputusan undian ini diterima hasil daripada kajian yang di buat oleh laman e-dagang antarabangsa Padoci.com yang beroperasi di Poland, dan kini beroperasi di 44 negara termasuk di Malaysia.

Dapatan undian negeri paling romantik di Malaysia ini di buat berdasarkan penyelidikan dan hasil daripada data yang di arkibkan oleh Google.Ianya adalah berdasarkan carian umum menerusi kata kunci yang paling banyak di cari sepanjang tempoh Januari – Februari 2019.

Antara carian kata kunci romantik yang paling banyak di cari termasuklah “Valentine’s Day“, “love confession“, “flowers“, dan “love“.

Carian kata kunci ini meningkat dalam tempoh sebelum tibanya “hari kekasih” di seluruh Malaysia iaitu sekitar satu ke dua bulan sebelum.Berdasarkan trend tersebut juga, terdapat negeri yang menunjukkan peningkatan carian romantik yang ketara manakala terdapat juga negeri yang kurang berminat dengan topik ini.

Namun setelah diteliti, kajian ini bukan semata-mata berkisar tentang ciri-ciri lelaki atau wanita romantik sahaja. Rupa-rupanya carian romantik ini juga berkait rapat dengan keindahan alam semulajadi serta tempat makan menarik yang ada di Sarawak.

Sarawak paling romantik di Malaysia

Sarawak memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara keaslianya serta kepelbagaian entik yang unik dan berbilang bangsa.

Terdapat sebanyak 27 etnik besar yang terdapat di negeri Sarawak. Etnik Iban dan Bidayuh merupakan entik yang paling sinonim bila dikaitkan dengan negeri Bumi Kenyalang ini. Setiap etnik di Sarawak juga mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri.

Kebanyakan etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi.Sambutan Hari Gawai pula, merupakan perayaan istimewa yang di raikan oleh masyarakat Sarawak.

Jadi tidak hairanlah mengapa Sarawak boleh mendapat undian tertinggi sebagai negeri paling romantis di Malaysia.

Ini pula senarai penuh undian negeri paling romantis di Malaysia yang di kongsikan oleh Picodi platform e-dagang antarabangsa yang menyediakan kupon diskaun untuk kedai dalam talian.

Leave a Comment