Song Ji Hyo Di Malaysia Buat Ramai Peminat “Histeria”, Ini 15 Fakta Tentangnya Yang Buat Orang Jatuh Hati

Bagi peminat rancangan realiti “Running Man“, nama Song Ji Hyo pastinya tidak asing lagi bagi mereka. Sososk Ji Hyo sebagai seorang gadis yang cantik, manis, dan spontan memaparkan sisi unik yang lain daripada yang lain berbanding mana-mana aktres Korea yang lain. Baru-baru ini, kehadiran Song Ji Hyo di Malaysia telah mencetus gelombang yang begitu dahsyat khususnya dari peminat tegarnya yang tidak putus-putus mengikuti segala perkembangannya di dunia hiburan.
Pelakon jelita itu datang bagi mempromosikan produk kecantikan jenama Glutanex selaku duta produk tersebut. Jom kita imbas kembali momen Song Ji Hyo di Malaysia bersama peminat di Tropicana Gardens Mall.
Tolong peminat hampir jatuh di KLIA
@foreversjh Songjihyo’s actions after seeing her fans fall 🥺🥺 this is one of the reasons why people love her so much! #songjihyo #송지효 #koreanactor #songjihyoinkl #jihyoxglutanex #foryoupage #fypシ
Ketibaan Song Ji Hyo di Malaysia pada lewat malam 10 November lalu disambut oleh ratusan peminat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Dalam kehangatan dan keadaan hingar-bingar itu, seorang peminat wanita dari rombongan tersebut telah terjatuh apabila ditolak antara satu sama lain.
Ji Hyo yang ketika itu sedang dikawal ketat oleh petugas keselamatan sempat menyaksikan kejadian tersebut. Reaksi pantasnya menolong peminat yang terjatuh telah dirakam oleh peminat lain.
“Song Ji Hyo lari selamatkan peminat dia yang jatuh, walaupun waktu itu dia mesti penat enam jam perjalanan atas kapal terbang.” ulas peminat.
Peminat lelaki jerit satu “mall” sampai Ji Hyo bangun
Tampaknya keterujaan peminat bukan sahaja di ruangan ground floor mall berkenaan. Bahkan di setiap tingkat pusat beli-belah itu berderet dengan peminat yang merakamkan detik kemunculan Ji Hyo di pentas.
Ketika pelakon wanita itu sedang melayan peminat di bawah, ada seorang individu lelaki yang memanggil kuat namanya dari tingkat atas.
@shai.nizam Thank you bro sebelah jerit sampai Ji Hyo notice ❣️ #JihyoXGlutanex #Glutanex #SongJiHyoinKL #SongJiHyoinMY #SONGJIHYO #송지효 #fyp
Peminat lelaki: Ji Hyo Noona!!
Song Ji Hyo: Wae??
Peminat lelaki: Saranghaeyo!!
Song Ji Hyo: Nado!!
Video yang dimuat naik itu telah mendapat ratusan ribu like dari netizen Malaysia dan ribuan komen yang turut sama kagum dengan keberaniaan lelaki tersebut. Bahkan tidak terkecuali yang memuji peribadi spontan Ji Hyo yang meraikan peminatnya itu.
Janji nak masak nasi lemak untuk peminat
Kehadiran Song Ji Hyo di Malaysia selepas empat tahun tidak menjejakkan kaki di situ masih diterima ramai dan sokongan juga sangat baik diberikan semua. Itulah yang diucapkan olehnya ketika ditemu ramah.
Dia turut berkongsi tentang aktivitinya yang mulai sibuk dan padat dengan penggambaran filem dan drama terbarunya bertajuk “The Wicth Diner”. Memegang watak sebagai Hee Ra yang pandai masak, sebenarnya agak kekok baginya kerana pada hakikat dia tidak berapa mahir dalam memasak.
Sungguh pun begitu, tugasnya untuk berlatih bersungguh-sungguh bagi menjayakan watak Hee Ra. Malah sempat dia berseloroh mahu memasak nasi lemak untuk peminat Malaysia jika mahu.
Main lari-lari dengan abang polis
Selepas tiga hari di Malaysia, aktres itu kemudian tiba di lapangan terbang untuk pulang semula ke Korea pada 12 November lalu. Dia yang dikawal rapi oleh anggota polis Malaysia sempat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat Malaysia.
Apa yang menarik berlaku ketika mereka sedang berjalan menuju ke pintu pelepasan, tiba-tiba sahaja Ji Hyo meminta semua untuk lari ibarat berada dalam game “Running Man”.
@bycherrybloom apparently we did a running man session with @official.songjihyo in the airport last night, marathon dengan abang² polis🤣 #SongJiHyo #송지효 #SongJihyoinMalaysia #SongJiHyoinMY #SongJihyoinKL #runningman
Maka kalutlah semua polis, bodyguard dan jurukamera berlari juga untuk mengejar Ji Hyo. Momen lucu itu menjadi kenangan yang sukar dilupakan bagi semua peminatnya.
Fakta menarik tentang Song Ji Hyo
Bagi yang terlepas untuk menyaksikan Song Ji Hyo tempoh hari. Ini adalah fakta menarik untuk anda yang mungkin boleh mengubat rindu anda kepadanya.
1. Nama julukan yang diberikan Song Ji Hyo adalah Ace Ji Hyo.
2. Digelar sebagai “Mong Ji” atau Ji Hyo yang blurr.
3. Mempunyai hubungan yang rapat dengan adiknya iaitu, Chung Sung Moon.
4. Gemar menghantar “coffee truck” kepada rakan artis lain.
5. Lulusan dari Kolej Kookje dalam jurusan cukai dan perakaunan.
6. Dipanggil “Chupa Chups” ketika kecil kerana badannya yang tinggi tetapi kelihatan pendek setiap kali duduk sehingga membuatkan kepalanya kelihatan besar.
7. Memegang watak sebagai ballerina dalam drama Princess Hours yang dimainkan pada tahun 2006.
8. Gemar tidur di set pengambaran dan digelar sebagai sleppyhead.
9. Potong rambut pendek tanpa sengaja kerana di bawah pengaruh alkohol.
10. Pernah menyangka ibu negara Malaysia di Manila.
11. Selalu menang dalam misi solo dalam rancangan Running Man.
12. Suka menari “Hot Issue” muzik lagu yang dipopularkan oleh kumpulan 4 minute.
13. Mempunyai tiga nama. Song Ji Hyo diberi nama Cheon Seong Im ketika lahir, kemudian ia mengubahnya menjadi Cheon Soo Yeon kerana banyak orang yang mengenali namanya. Akhirya sekali, menukar menggunakan nama Song Ji Hyo sebagai nama komersial.
14. Lahir dari keluarga yang “overprotective”.
15. Calon menantu idaman ibu Kim Jong Kook.
Siapa lagi aktor dan aktres Korea yang bakal mengegarkan Malaysia? Kita tunggu akan datang!
Artikel Menarik:
- Kini Bergelar Doktor, Anak Gadis Pelawak Mr.OS Hadiahkan Kejayaan Untuk Arwah Ayahnya
- Pernah Digelar Penjaga Gil Futsal Tercantik, Isteri Roday Krista Kini Berhijab
- Terbongkar Rahsia Unik Kecantikan Sarimah Ibrahim