5 Tips Pilih Warna Tema Majlis Kahwin

Ramai bakal pengantin di luar sana yang masih pening kepala memikirkan warna tema bagi majlis mereka. Pastinya, setiap pasangan bakal pengantin mengimpikan sebuah perkahwinan yang sempurna dan gah di mata mereka juga tetamu yang hadir. Warna Konsep Majlis Resepsi.

Pemilihan warna yang tepat sangat memainkan peranan penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Bakal pengantin perlu lebih rajin mencari idea daripada majlis perkahwinan dalam dan luar negara. Ia boleh dijadikan ilham dan inspirasi dalam mencari warna tema perkahwinan anda nanti.

Berikut kami kongsikan kepada semua bakal pengantin yang masih tercari-cari warna tema majlis perkahwinan. Semoga 5 tips perkongsian ini dapat dijadikan rujukan.

1. Warna Baju Pengantin

Dalam aspek ini, bakal pengantin perlu mengambil kira beberapa faktor seperti warna kulit. Bagi pasangan bakal pengantin yang berkulit cerah, elakkan mengenakan busana pengantin yang berwarna terlalu terang. Gandingan warna busana yang terang dengan kulit yang cerah akan menjadikan anda tenggelam dan tidak menonjol ketika di hari bahagia anda.

Warna Tema Majlis Kahwin
Warna Tema Majlis Kahwin

Warna Tema Majlis Kahwin yang anda perlu ambil perhatian yang kedua adalah pemilihan pelamin. Pemilihan pelamin yang sesuai akan memberi impak yang besar kepada look and feel tema majlis perkahwinan anda.

2. Pelamin

Pemilihan warna pada dekorasi pelamin adalah salah satu perkara yang perlu dititik beratkan supaya pengantin kelihatan lebih menonjol semasa di hari persandingan. Anda disarankan untuk memilih pelamin yang berwarna putih dihiasi dekorasi bunga daripada warna-warna yang lembut. Pemilihan bunga juga perlu bersesuaian dengan konsep pelamin supaya lebih menarik.

Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: ayulilprincess
Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: pengantinbaru.com

Seterusnya, warna tema majlis kahwin juga dipengaruhi oleh hiasan hantaran anda. Walaupun ia kelihatan benda kecil, tetapi pemilihan konsep hantaran juga penting.

3. Hantaran

Untuk menampilkan hantaran yang istimewa kepada pasangan masing-masing, elakkan gubahan barang hantaran daripada warna yang sama dengan pelamin dan busana baju pengantin. Gunakan warna bunga yang sedikit kontra namun masih mengekalkan warna tema majlis perkahwinan supaya gubahan hantaran tampil memukau.

Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: oneaq
Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: rentdecocreative

4. Baju Pengapit

Mengikut kepada peredaran trend masa kini, pengapit menjadi salah satu keutamaan kepada bakal pengantin. Tema baju pengapit haruslah kontra daripada baju pengantin supaya pengantin tidak tenggelam dan lebih kelihatan menonjol daripada pengapit ketika diiringi pengapit masing-masing. Jika pengantin mengenakan busana berwarna terang, pengapit boleh tampil dengan baju berwarna lembut agar nampak lebih nice dalam fotografi.

Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: pengantinbaru.com
Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: pengantinbaru.com

Bagi memastikan semua nampak kohesif, pemilihan Warna Konsep Majlis Resepsi akan memberikan hasil yang mengkagumkan para tetamu.

5. Konsep Perkahwinan

Lihat kepada pemilihan konsep perkahwinan bakal pengantin itu sendiri. Jika anda memilih untuk sebuah majlis perkahwinan yang berkonsepkan taman, warna busana baju harus lebih lembut bersesuaian dengan konsep yang bertata rias keindahan alam. Konsep taman ini jika kena dengan gayanya, pasti menenangkan perasaan pengantin yang diraikan dan juga tetamu.

Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: iHX Production
Warna Tema Majlis Kahwin
Sumber: myweekendplan

ARTIKEL BERKAITAN:

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart