Inspirasi pelamin tema ‘hitam itu menawan’ yang jarang orang buat

Warna hitam memang sesuai untuk semua tema atau gabungan warna lain. Tapi, jarang warna ini digunakan untuk majlis perkahwinan. Yela, biasanya pengantin akan memilih warna-warna pastel dan lembut untuk pelamin mereka. Takkanlah nak pilih warna hitam yang dianggap warna orang mati dalam majlis perkahwinan kan..

Namun, zaman sekarang semua pun boleh. Dah ramai pengantin yang memilih warna hitam sebagai warna tema majlis mereka. Nampak cantik pula tu. Yang penting mesti ada keyakinan.

Tidak kiralah sama ada konsep pelamin itu moden mahupun klasik, bila pandai digayakan dengan tema hitam pasti nampak menarik dan lain dari lain.

Zaman sekarang, rata-rata manusia suka buat sesuatu yang rare. Mitos yang kata warna hitam adalah ‘suwey’ untuk majlis perkahwinan dah tak boleh diguna pakai sekarang.

Jom tengok inspirasi pengantin yang memilih pelamin warna hitam. Manalah tahu boleh memberi inspirasi kepada anda.

Inspirasi pelamin tema hitam dari Rya Zanoura

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top