Posted on: November 17, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Nampak kurang sempurna penampilan pengantin jika tidak memakai inai di jari. Dalam masyarakat Melayu dan India, pemakaian inai antara perkara utama yang diberi perhatian oleh bakal pengantin untuk melengkap­kan hari bahagia.

Namun kini pemakaian inai bukan terhad untuk majlis perkahwinan sahaja sebaliknya inai boleh dipakai bila-bila masa pun dan oleh sesiapa sahaja.

Namun antara masalah yang sering terjadi ketika memakai inai di jari ialah sering sememeh dan comot.

Selain itu daun inai perlu ditumbuk sehingga lumat bagi memudahkan ia dilekatkan pada jari. Namun ada cara lebih mudah untuk memakai inai di jari.

Ikuti perkongsian Eyang Puteri Bulusari Ia memang sangat membantu anda selain mudah dan cepat.

Pokok inai saya tak sempat hendak tumbuh lebat dan rendang. Macam mana hendak rendang, seminggu sekali tentu di petik buat inai jari.Senang sahaja hendak membuatnya.

Hanya beberapa helai daun inai, sapu minyak angin cap kapak. Tidak perlu ditumbuk lumat da yang penting tidak comot.

Hanya lekatkan di jari. Tidak sampai satu jam, inai sudah merah dan cantik di jari.Ambil daun inai yang paling muda. Biarkan layu dahulu. Agar senang dilekatkan pada jari, sapu minyak angin dan tampal ikut saiz yang kita suka.

Tidak kira usia berapa, tidak salah jika hendak buat diri cantik bukan.Meskipun tangan sudah berusia, Insyaallah akan nampak lebih sihat, muda dan cantik.

Hanya perlu dua bahan sahaja iaitu daun inai dan juga minyak angin cap kapak.

Inilah daun inai yang saya petik depan rumah dan minyak angin cak kapak

Sumber kredit: Eyang Puteri Bulusari via Berkebun D Rumah

Leave a Comment