Jom cuba 5 resepi Permaisuri Agong yang sedap dan mudah buat masa PKPB ini

Masa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini banyak sudah idea masakan telah dicuba, hari-hari menu yang berlainan sampaikan rasa tak ada menu baru yang menarik untuk dicuba.

Bagi yang tak ada idea resepi apa nak masak sepanjang PKPB ini, kamu boleh cuba resepi masakan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah.

Menu-menu yang permaisuri masak cukup ringkas dan mudah untuk diikuti, ini antara resepi yang menarik untuk di cuba.

Nasi Goreng Sosej Dan Nasi Goreng Mentega Telur

Nasi Goreng Sosej

Bahan-bahan:

  • Nasi putih
  • Sosej
  • Daun sup
  • Cili padi di potong halus
  • Bawang putih dicincang halus
  • Telur 2-3 biji (ikut suka)
  • Garam
  • Kicap manis
  • Minyak zaitun

Cara masak:

  • Goreng sosej terlebih dahulu, setelah sosej masak toskan dan biarkan seketika
  • Selepas itu minyak menggoreng sosej tadi digunakan bagi menumis bawang putih, apabila bawang putih bertukar keemasan masukkan telur.
  • Telur dah separuh masak, masukkan nasi, sosej, garam secukup rasa, cili padi dan daun sup. Gaul rata bahan-bahan.
  • Terakhir sekali masukkan kicap manis dan gaul rata nasi goreng, dah siap masak boleh dihidangkan di atas meja makan.

Nasi Goreng Mentega

Bahan-bahan:

  • Nasi putih
  • Mentega
  • Cili padi yang dikisar hancur bersama garam kasar
  • Telur 2-3 biji (ikut suka)

Cara masak:

  • Masukkan mentega dalam kuali, mentaga dah cair boleh masukkan cili padi yang dikisarkan bersama garam kasar. Tumis cili dan kemudian masukkan telur dan masak telur.
  • Kemudian masukkan nasi putih dan gaul rata bahan-bahan.
  • Nasi goreng mentega siap dan enak di makan masa panas-panas.

Ayam Masak Cencaluk

Bahan-bahan:

  • Ayam seekor
  • Cencaluk 1/2 botol
  • 1 labu bawang merah di hiris
  • 5-6 biji bawang putih di hiris
  • Bawang holland
  • 2 inci halia di hiris halus
  • 5 batang serai di ketuk
  • 10-15 cili padi
  • Sos kicap manis
  • Daun sup
  • Tomato cherry
  • Garam
  • Minyak zaitun

Cara masak:

  • Ayam yang telah dibasuh bersih, masukkan di dalam mangkuk dan kemudian tuang cencaluk dalam satu setengah botol dan gaul rata ayam tersebut dan biarkan terperap.
  • Kemudian tumis serai dan ayam yang diperap tadi, masak ayam hingga keperangan.
  • Selepas itu masukkan hirisan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi, kicap manis, garam dan daun sup. Gaul semua bahan-bahan sehingga rata.
  • Terdapat saki baki air perapan ayam tadi, masukkan dalam kuali dan gaul rata ayam hingga masak.
  • Kemudian masukkan bawang holland, tomato dan gaul rata, bagi yang suka berkuah boleh tambah sikit air panas. Gaul rata, dah siap boleh tutup api.

Scrambled Egg 2 Cara

Scrambled Egg Susu

Bahan-bahan:

  • Telur 2-3 biji (ikut suka)
  • Susu
  • Garam
  • Lada
  • Mentega

Cara masak:

  • Masukkan telur dalam mangkuk dan pukul telur hingga sebati dan masukkan susu, lada dan garam. Pukul semua bahan hingga rata.
  • Masukkan mentega dan panaskan kuali dengan api kecil, kemudian masukkan telur dan kacau hingga masak.
  • Dah siap boleh dihidang.

Scrambled Egg Keju

Bahan-bahan:

  • Telur 2-3 biji
  • Keju
  • Lada
  • Mentega

Cara masak:

  • Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan lada, pukul telur sehingga sebati.
  • Masukkan keju dalam telur dan gaul sedikit.
  • Kemudian masukkan mentega dalam kuali, guna api kecil dan masukkan telur dalam kuali. Kacau telur hingga masak.
  • Dah siap boleh dihidang.

Banyak juga cara dan resepi memasak Permaisuri Agong kita, semuanya sedap-sedap belaka kamu boleh cuba di rumah masa PKPB ini bagi yang tak ada idea nak masak apa di rumah.

Selamat mencuba♥

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart