Posted on: November 17, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

“Rasa tak seronok lah bila berjalan paha asyik bergesel”


Mesti rasa down apabila melihat paha makin membesar dan bergesel ketika berjalan. Mahu pakai jeans pun rasa tidak selesa kerana paha kelihatan lebih obvious! Jadi macam mana nak kecilkan paha?

FAKTOR


1) GENETIK
Memiliki keturunan yang mempunyai paha dan pinggul yang besar adalah salah satu penyebabnya. Tetapi jangan risau kerana situasi ini boleh diubah sekiranya anda rajin melakukan senaman untuk mencapai bentuk badan ideal seperti yang diidamkan.

2) BENTUK BADAN


Jika bentuk badan seperti buah pear, ukuran pada badan anda akan menampakkan kejelasan pada paha berbanding bahagian badan yang lain.

3) JANTINA


Setiap jantina memiliki hormon yang berbeza dan ianya mempengaruhi pembentukan lemak di seluruh badan.

Bagi perempuan, hormon estrogen akan mengumpulkan lemak pada bahagian paha, pinggul, betis dan beberapa bahagian lain. Manakala bagi lelaki, hormon testosteron akan memudahkan pengumpulan lemak pada bahagian perut di mana ianya adalah sukar untuk dihilangkan berbanding kawasan lain.


4) MAKANAN BERLEMAK

Cara pemakanan yang tidak betul dan tidak sihat seperti makanan segera akan menyebabkan pembentukan lemak semakin banyak dan terkumpul di paha. Untuk mengelakkannya, amalkan cara gaya hidup yang sihat dan sentiasa melakukan senaman.

5) GULA


Mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi merupakan salah satu faktornya.

Seperti minuman berkarbonat, minuman tersebut mengandungi kafein yang tinggi. Pengambilan yang tidak terkawal akan menyebabkan ketagihan secara tidak sedar.

SOLUSI

Mengambil makanan yang sihat dapat membantu anda daripada craving untuk makan makanan yang tidak sihat. Amalkan gaya hidup yang sihat juga penting kerana anda akan mula fokus kepada kesihatan badan anda.


Selain menjaga cara pemakanan anda, senaman juga perlu dilakukan untuk konsisten dalam mengecilkan paha.

Leave a Comment