Tak tahan bau kaki macam ikan masin, wanita ini kongsi cara mudah hilangkan masalah ini

Mungkin anda pernah mengalami situasi yang kurang menyenangkan sebaik kasut ditanggalkan? Jika memakai kasut bertutup mungkin dapat menyembunyikan keadaan kaki, namun jika memakai sandal atau kasut yang terbuka, rahsia kaki yang berbau pasti akan terbongkar.

Situasi berkenaan sering berlaku kerana ramai beranggapan menjaga kebersihan kaki dan kasut adalah perkara remeh. Akibatnya kebersihan kaki diabaikan. Kecantikan seorang wanita itu bukan sahaja dilihat dari segi wajah sahaja tetapi keseluruhan. Kecantikan perlu seiring dengan kebersihan.

Tidak dapat dinafikan, kaki yang cantik, bersih dengan kulit kaki tidak kering dan kuku dipotong kemas menandakan seseorang itu adalah seorang pembersih. Apabila kaki mengeluarkan bau menyengat, tentu dibayangi perasaan kurang berkeyakinan dan malu berdepan orang ramai.


Sebenarnya ada banyak faktor penyebab kaki berbau antaranya menggunakan kasut yang sama setiap hari tanpa membersihkan kaki sebelum dan sesudah memakai kasut. Memang ramai yang mengabaikan soal penjagaan kaki. Tanpa disedari ia menyebabkan masalah bau kaki ini semakin kronik jika tidak ditangani.


Jika anda menyedari bau kaki mengganggu hubungan dengan orang sekeliling, segeralah mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Ia penting supaya anda tidak lagi berasa rendah diri dan orang sekeliling pula tidak lagi terganggu dengan bau kaki yang menyengat.

Selain menggunakan produk penjagaan kaki sedia ada di pasaran, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kaki berbau. Anda boleh cuba perawatan semula jadi. Selain menjimatkan, boleh memanjakan kaki setiap hujung minggu di rumah.


Berikut perkongsian Iza Abu Bakar

Masalah kaki berbau ini ramai yang mengalaminya bukan. Masalah bau kaki menjadi bertambah teruk jika kaki tidak dijaga dan dicuci dengan betul. Sekali buka kasut, boleh pengsan dibuatnya.Tapi jangan risau. Anda boleh cuba tip ni. Senang sahaja dan tak perlu belanja yang besar pun.

BAHAN BAHAN:

Listerine

Cuka putih

Air

Besen

CARA CARANYA:
1. Mula mula ambil besen dan tuangkan Listerine. Kemudian masukkan sedikit cuka putih dan air. Pastikan kuantiti ini cukup untuk kita merendam kaki.

2. Selepas itu, rendamkan kaki dalam besen yang berisi campuran itu lebih kurang 30 minit. Sambil itu anda boleh layan lagu atau baca majalah.

3. Jika anda amalkan secara konsisten, In Shaa Allah segala bau yang menyengat hidung, kulat dan kuman yang menyebabkan kaki anda berbau dan bercagu itu akan hilang.

4. Kulit kaki anda akan lebih cantik dan sihat je. Bila kaki sihat, barulah rasa yakin dan sarung kasut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

1 Comment
  1. […] menyenangkan akan menyebabkan orang sekeliling mungkin terganggu dan kita juga kurang selesa serta hilang keyakinan pada diri. Bagi bakal pengantin yang mempunyai masalah “ketibas” ini adalah satu […]

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart