Bahaya! Jangan guna krim pemutih jika ada 7 bahan terlarang ini

Setiap orang nak muka cantik dan putih. Muka yang bersih daripada segala cela, jerawat, parut atau juga jeragat degil. Tanpa memerlukan anda memakai sebarang mekap. Membolehkan anda keluar rumah dengan penuh keyakinan.

Pengalaman penulis sendiri, bila muka rasa tak bersih walaupun ada jerawat kecil, tahap keyakinan terus jatuh merudum. Nak berdepan dengan orang rasa kerdil dan malu. Mood jadi tidak menentu, sekejap nak marah, sekejap meluat, dah macam PMS. Jadi, penting untuk kita menjaga diri dengan mengguna produk yang betul-betul sesuai.

Dalam banyak-banyak produk, nama bahan seperti merkuri selalu kita dengar. Setiap hari ada sahaja laporan Kementerian menghentikan pengeluaran sesetengah jenama produk kecantikan kerana kandungan bahan yang tercemar.


Merkuri adalah bahan yang kerap kali djumpai dalam produk-produk seperti krim, sabun pencerah kulit atau mungkin juga untuk setengah barangan mekap. merkuri fungsinya menghalang pembentukan melanin pada kulit yang seterusnya menyebabkan warna kulit bertambah cerah.

Merkuri dalam produk kosmetik hadir dalam dua bentuk sama ada dalam bentuk organik dan bukan organik. Merkuri dalam bentuk organik selalunya digunakan sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti alit mata, pencuci muka dan maskara. Sementara itu, merkuri dalam bentuk bukan organik pula digunakan dalam krim dan sabun pencerah kulit.


Kesan Mudarat MerkuriTidak hanya membawa kerosakan pada kulit dalam jangka masa panjang, merkuri juga memberi kesan mudarat terhadap kesihatan. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan sistem saraf dan boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan atau bayi yang baru lahir.


Selain daripada kerosakan buah pinggang, merkuri bukan organik dalam produk pencerah kulit juga boleh menyebabkan ruam, penyahwarnaan dan parut pada kulit serta mengurangkan pertahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain merkuri juga dikaitkan dengan gejala keresahan dan kemurungan.

Cara Nak Kenal Pasti Merkuri

Bau yang tajam

Krim yang dicampur dengan merkuri biasanya mempunyai bau wangi yang tajam untuk menutup aroma merkuri. Anda patut curiga dengan krim seperti ini.


Warna putih dan kuning

Biasanya ada krim yang berwarna putih yang digunakan untuk malam hari dan warna kuning yang digunakan untuk pagi hari. Walaupun tidak semua seperti itu tapi anda harus waspada.

Agak berkilat

Krim yang agak berkilap biasanya mengandungi merkuri. Kilapan ini berasal dari merkuri yang merupakan logam berat. Saat tudung dibuka warna krim kelihatan seperti hologram/​​berkilauan. Krim yang bagus tidak berkilat tapi hanyalah warna putih biasa.


Hasil nampak dalam masa yang singkat

Baru satu minggu penggunaan sudah nampak perubahan ketara. Hasil yang diberikan bergantung dari banyaknya kandungan merkuri dalam krim. Makin tinggi kandungannya maka hasilnya pun semakin cepat bahkan ada yang nampak putih pucat.


Gatal di awal penggunaan

Rasa gatal yang muncul di awal penggunaan biasanya sangat mengganggu. Oleh kerana itu biasanya krim merkuri juga dilengkapi dengan krim anti iritasi.

Kulit mudah terbakar

Apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan terasa panas dan menjadi merah. Ini adalah kesan sampingan dari merkuri yang menjadi sensitif.

Perih dan kemerahan

Pada masa awal penggunaan, kulit menjadi kemerahan dan terasa perih. Ini boleh menjadi salah satu tanda bahawa kulit kamu menjadi iritasi kerana merkuri. Sebaiknya segera hentikan pemakaian.


Oleh itu, ingatlah pengguna di luar sana, berhati-hati apabila memilih krim pemutih dan produk kecantikan. Pastikan produk yang anda guna atau pilih tidak mengandungi merkuri dan juga bahan-bahan lain yang boleh merosakkan kulit muka anda!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top