Tahukah anda! Ketawa boleh turunkan berat badan dengan cepat

Macam-macam cara orang buat supaya kurus. Selain dari jaga pemakanan, anda pun kena banyak bersukan. Boleh ke nak buang kalori tanpa bersenam? Jawapannya, boleh!


Kami faham yang anda semua kadangkala tak ada masa nak pergi berlari. Nak buat siapkan keperluan anak lagi. Tak sempat. Jangan risau, sebab banyak sahaja benda yang yang anda boleh lakukan dan yang paling penting, ia membantu membuang kalori dalam badan.

Ini adalah beberapa benda yang anda boleh lakukan kalau malas bersukan.


Masak


Ya kawan-kawan, memasak pun sangat baik ya untuk buang kalori. Rajin-rajinkanlah diri ke dapur. Nak siapkan bahan memasak boleh membakar 128 kalori. Tu belum lagi kalau anda pergi beli bahan nak masak dekat pasar.

Berdiri

Betul tu kawan-kawan, berdiri dalam train selama 30-40 minit boleh bantu anda untuk membakar 1000 kalori. Kalau nak hilangan penat berdiri, anda bolehlah dengar ebook, mendengar muzik atau membaca.


Ketawa

Rupa-rupanya ketawa selama 20 minit boleh membantu membakar kalori sama dengan berlari sejauh 1.5 kilometer. Selain itu juga, ketawa pun boleh kengurangkan stres dan menghasilkan hormon gembira. Apalagi, pergilah tengok siri yang kelakar dekat Netflix atau lepak dengan kawan-kawan yang boleh buat anda pecah perut.

Bersihkan bilik mandi

Sebenarnya membersihkan rumah pun boleh buat hilang kalori. Bilik mandi adalah kayu ukur betapa pembersihkan sesebuah keluarga itu. Jadi, jangan lupa sental segala kotoran, lumut dalam bilik mandi selama 20 minit sebab ia boleh bantu bakar kalori.


Sekarang dah tahukan antara aktiviti yang boleh buat korang anda kalori. Lepas ini jangan lupa amalkan tau!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart