Rancang nak kahwin? Anda wajib bincang 4 benda ini sebelum nikah

Ada yang cakap, perkahwinan ini bukan setakat untuk upgrade status diri kita di mata masyarakat. Perkahwinan adalah cara lain untuk membuat diri kita lebih bahagia. Kita bangun dan melihat seseorang yang kita cinta di sebelah kita. Kita pulang ke rumah dengan perasaan damai kerana kebahgian yang kita miliki bersama orang yang kita cintai membuatkan kita berasa setiap halangan mampu kita tentangi bersama-sama.


Jadi, persediaan untuk mempunyai rumah tangga yang begitu memang perlu. Berapa banyak pasangan yang pura-pura bahagia di laman sosial dengan suami mereka tapi hakikatnya banyak termakan hati? Tak mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga, yelah, sudah tentu suami kita memiliki personaliti berbeza daripada kita.

Maka, itulah pentingnya kita saling mengenali pasangan kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam artikel kali ini, apa kata kita cakap sikit tentang benda yang perlu anda lakukan sebelum berkahwin.

Rancang kewangan


Cinta memang penting dalam rumah tangga, tapi duit pun sama untuk meneruskan kelangsungan perkahwinan. Kita tak boleh menolak bercakap tentang duit dan perancangan masa depan. Bagi mengumpul duit, anda boleh buka akaun bersama. Jadi, boleh mengelakkan pemborosan dan tabungan untuk masa depan. Sekarang ini semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Jadi, tak ada alasan.


Kenali keluarga dengan lebih rapat


Kahwin bukan tentang kita dan dia. Ia juga melibatkan keluarga. Bila keluarga rapat, ia akan mengurangkan konflik antara mertua-menantu. Kalau dua-dua ini mempunyai perselisihan faham, ia akan menimbulkan banyak lagi masalah. Lagi tak seronok kalau keluarga mentua masuk campur urusan rumah tangga. Susah juga nanti.

Tugasan rumah


Selalu kita tengok isteri sahaja yang buat kerja rumah. Padahal zaman sekarang ini isteri pun bekerja dan sama-sama penat. Jadi, kena ada sikap toleransi untuk menguruskan rumah tangga. Jadi bincang dengan bakal suami anda apakah yang dia fahami tentang cara menguruskan rumah tangga. Kalau dia rasa semua kerja rumah adalah tugas isteri, mungkin anda nak berfikir dua kali sebelum melangsungkan pernikahan.


Anak


Bincanglah soal anak dulu. Kalau anda berpakat nak ada anak di awal perkahwinan, bincangkan adakah anda bersedia dari segi kewangan? Bagaimana pula dengan cara nak asuh anak itu nanti? Adakah anda bersedia? Bincang juga benda lain macam kemandulan, supaya lebih bersedia untuk terhindar dari konflik.

Inilah perkara asas yang sepatutnya sudah dibincangkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ha, lepas itu anda pasti akan lebih yakin menghadapi segalanya selepas berkahwin. Selamat mencuba.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top