Ini warna gincu yang anda perlu elak pakai kalau nak keluar ‘Dating’

Siapa yang tak nak nampak sempurna pada temujanji pertama, kan? Sebab itulah baju kena pilih betul-betul. Bukan itu sahaja, minyak wangi pun kena yang mengancam. Satu lagi yang pling mustahak semestinya solekan. Mulalah terfikir nak make up tebal atau tak.


Apapun, pilihan solekan anda, paling penting jangan sesekali pakai gincu yang berwarna gelap. Kenapa? Ha, kena baca sampai habis tau.

Merah


Warna gincu merah pada temujanji pertama memberikan gambaran ciri-ciri wanita yang berani meluahkan perasaan. Ia seolah-olah menyalurkan aura yang optimis, bertenaga dan ghairah kepada pasangan.

Nude


Gincu nude menunjukkan kematangan bahawa anda sebenarnya sudah bersedia untuk menjalani perhubungan yang serius. Kalau anda bertemu orang yang tepat, anda bersedia memberikan segalanya sepenuh hati dengan jiwa yang ikhlas.

Coral


Warna gincu ini menggambarkan semangat dan kegembiraan. Anda sebenarnya mahu diperhati, dibelai, tahu ke mana arah tujuan dan mungkin juga menandakan anda seorang yang tergesa-gesa. Walaupun begitu, anda sebenarnya sangat menikmati proses.

Hot Pink


Nampak memang menyerlah. Tapi warna ini sebenarnya menimbulkan keraguan kepada pasangan anda jika anda memakai warna ini pada temu janji pertama. Dia akan keliru sama ada anda benar-benar ingin serius dalam perhubungan ini atau tidak.

Warna gelap


Elakkan memakai gincu berwarna gelap. Ia akan memberikan aura negatif kepada si pemakai. Ia menampakkan anda misteri dan serius. Kebanyakan lelaki tak suka wanita memakai warna ini.


Ha, lepas ini, pastikan anda pilih warna gincu yang menampakkan anda seorang wanita yang mudah didekati dan penyayang. Selamat mencuba.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart