Petua cantik buat bakal pengantin yang akan bernikah di musim PKPB

Lebih awal anda memulakan rutin penjagaan diri, lebih baik kerana kecantikan sememangnya mengambil masa untuk menunjukkan kesan.

Namun jangan gusar, kami kongsi tip untuk anda menjaga diri tiga bulan sebelum majlis berlangsung.

Rutin Membersih Wajah

Amalkan membersihkan wajah dengan betul dimana langkahnya terdiri daripada mencuci, scrub, toner, penggunaan serum serta penggunaan krim malam dan siang. Jangan ambil ringan kerana wajah yang bersih menampilkan solekan yang lebih mulus ketika anda di atas pelamin nanti.

Jari, Tangan Dan Kuku

Jari tangan adalah aset penting di mana cincin disarung dan pasti ia menjadi tumpuan lensa kamera. Kuku boleh diubah bentuk menjadi cantik dalam masa tiga bulan jika anda tahu bagaimana membentuknya dengan baik kerana ia cepat tumbuh semula. Gunakan krim tangan setiap hari.

Rawatan Wajah

Selain menjadikan wajah lebih bersih, ia memberi peluang untuk anda berehat daripada penat lelah membuat persiapan perkahwinan. Tidak semestinya perlu ke salun setiap minggu. Gunakan pupur wajah yang dibuat sendiri atau jenama kegemaran anda di rumah.

Gigi

Gigi yang putih berseri menyumbang kepada ukiran senyuman yang manis. Buat rawatan di klinik gigi yang bersesuaian serta berus gigi setiap kali selepas makan.

IPOH, 22 April — Pasangan pengantin, Muhammad Razif Mohd Nasir, 28, dan Fatin Nabilah Hussain, 28, bergambar bersama selepas selesai menyempurnakan majlis akad nikah yang berpandukan Tatacara Khas Majlis Akad Nikah (TKMAN) Versi 2.0 yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ipoh hari ini. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Krim SPF Dan Alat Solek Yang Betul

Sentiasa gunakan krim SPF ketika keluar rumah. Pasti anda tidak mahu kulit berbelak dan rosak. Jangan tukar nama jenama alat solek yang lain pada waktu ini, bimbang jika ia tidak sesuai untuk anda dan menjadikan kulit anda bermasalah.

Mata

Amat penting untuk memastikan kulit di sekitar mata tiada tanda kedut mahupun lingkaran hitam yang sukar untuk hilang dalam sekelip mata! Justeru, amalkan pemakaian krim mata dan pupur mata pada waktu malam sebelum tidur. Pastikan juga anda sentiasa terhidrat kerana kurang minum air masak menjadikan lingkaran hitam semakin ketara. Juga buat anda yang ingin menggunakan kanta lengkap, biasakan diri tiga bulan sebelum. Jangan pula baru nak mencuba pada hari penting nanti. Gusar kesan iritasi atau mata kemerahan kerana tidak biasa. Anda perlu rasa selesa.

Badan

Gunakan losen badan selepas mandi. Pasti anda mahu kelihatan cantik di mata suami pada malam pertama. Jaga bahagian-bahagian tertutup seperti ketiak dan bahagian pelipat. Biasakan diri dengan wangian yang sesuai dengan personaliti diri agar dapat meningkatkan keyakinan diri.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top