Masih cantik walaupun berusia 41 tahun, ini rahsia Datuk Siti Nurhaliza ramai tak tahu

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza? Ikon terkenal negara dengan kecantikan dan bakat nyanyian yang terserlah sejak mula menyanyi pada 1995 hinggalah kini memang sukar untuk ditandingi.


Datuk Siti Nurhaliza tidak dinafikan seorang yang sungguh cantik dari budi pekerti sehinggalah ke penjagaan wajah dan diri. Kali ini, kami secara istimewa menemu ramah Datuk Siti Nurhaliza untuk bertanyakan tip kecantikan beliau yang tidak dinafikan kejelitaannya. Jom ketahui tips kecantikan beliau untuk lebih inspirasi penjagaan wajah dan rambut.

Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Bedak 2 Way Cake SimplySiti, Duo Blusher SS, penggaris kening, lipstik dan glos bibir SimplySiti.

Apakah kesilapan paling besar tentang solekan yang anda rasa setiap orang perlu tahu dan elakkan?
Pemilihan warna solekan dengan warna kulit. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang pakar dalam solekan kerana tidak semua warna yang anda suka bersesuaian dengan warna kulit.

Apakah nasihat anda buat mereka yang baru mula-mula mahu mencuba bersolek?
Perlu tahu penggunaan dan kesesuaian bergantung pada kulit dan acara.

Bagaimana solekan boleh merubah perasaan anda terhadap diri sendiri?
Solekan juga mampu menonjolkan kelebihan seseorang selain menutup kekurangan yang ada pada wajah. Dengan solekan yang tepat akan membuatkan anda lebih yakin, cantik dan ceria.

Apakah masalah utama rambut anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Berminyak dan di hujungnya kering. Sejak bertudung terutamanya kulit kepala lebih kerap berminyak akibat peluh jadi saya akan lebih kerap mencuci rambut. Untuk rawatan hujung rambut yang kering pula saya lakukan pupur rambut di salun.

Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut? Mungkin ada sebarang petua tradisi?
Pilih syampu yang sesuai dan pastikan rambut betul-betul kering sebelum mamakai tudung bagi mengelakkan rambut berbau dan rosak. Gunakan serum yang sesuai untuk perawatan rambut.

Jika diberi kebebasan untuk mencuba gaya potongan atau warna rambut, apakah gaya pilihan anda?
Saya sukakan potongan rambut Farrah Fawcett dan warna brunett. Seksi kan?

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top