Ini tips paling mujarab elak melecet bila pakai kasut baru, tak perlu gigit kasut

Selain handbag dan tudung, kasut juga menjadi barang yang menjadi kegilaan kebanyakan wanita. Kiranya memang item wajiblah untuk dibeli jika keluar membeli-belah.

Namun, kadang kala mesti terjadi masalah kasut yang dibeli itu makan tuannya. Haaa, macam mana tu? Iyelah, bila pakai je kaki jadi melecetlah, rasa sakitlah dan lain-lain lagi.


Biasanya petua mengatakan kita perlu gigit kasut tu dulu sebelum memakainya. Errkk, betul ke?

Eh, sebenarnya tak perlu pun! Jom ikuti langkah mudah ini kalau tak nak kena kaki kena ‘gigit’ dengan kasut baru.

“KALAU TAKNAK KAKI KENA GIGIT DENGAN KASUT BARU, KITA GIGIT DULU KASUT BARU BELI”

Korang pernah gigit kasut tak tu? Haa tak baik tak mengaku! hahaha…

Langkah-langkahnya:


  • Pakai stokin di kaki dan kemudian pakai kasut baru tersebut.
  • Pasang pengering rambut dalam tetapan tidak terlalu panas dan halakannya ke kaki.
  • Buka stokin dan pakai kasut itu seperti biasa.
  • Siap!

Mudahkan! Jomlah kita cuba sama-sama. 😉

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart