Manfaatkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk perbaiki hubungan dalam perkahwinan

Memandangkan negara sekarang berdepan dengan penularan virus covid-19, maka pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dimana setiap orang perlu duduk di rumah dan dibenarkan keluar jika ada hal tertentu atau mendapatkan barang keperluan.

Terpaksa berkurung di dalam rumah?

Jangan risau, rumah boleh jadi tempat yang ajaib untuk kita sekeluarga sebenarnya :

1. Daripada rumahlah kita boleh bina kembali hubungan suami isteri yang dulunya pernah renggang akibat kesibukan

2. Daripada rumahlah kita boleh bina kembali bonding kita dengan anak kita yang dulunya pernah pudar akibat pekerjaan

3. Daripada rumahlah kita boleh wujudkan kembali ketenangan jiwa kita yang mula hilang akibat bergelumang tanpa henti dengan harta dan keduniaan

4. Daripada rumahlah kita boleh isi kembali hati anak anak kita yang dah makin sunyi saban hari akibat bergelumang tanpa henti dengan gajet dan teknologi

5. Daripada rumahlah kita boleh suburkan kembali tradisi kekeluargaan yang pernah diamalkan oleh atuk nenek kita suatu ketika dahulu tetapi kini dah terhenti

6. Daripada rumahlah kita boleh kreatif mencari pendapatan daripada jalan yang sebelum ini tidak pernah kita fikirkan

7. Daripada rumahlah kita boleh bina kembali syurga kita di dunia supaya suatu saat nanti kita sekeluarga akan bertemu kembali di syurga sana

Stay at home!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top