Elakkan ‘Silent Treatment’ dalam rumah tangga, Ia mampu mematikan komunikasi dengan pasangan

Selalu kita dengar masa awal-awal kahwin, pasangan akan cakap, dengan suami atau isteri ni, takde rahsia. Namun, hakikat yang banyak dijumpai, dengan pasanganlah kita paling banyak berahsia.

Ada yang kata tak nak kongsi masalah sebab tak nak pasangan risau atau susah hati. Ada juga yang memang tak nak kongsi sebab pasangan tak menjadi pendengar yang baik. Dia kata lagi stress adalah. Baik tak payah kongsi katanya.

Asbab daripadanya, maka terbentuklah hubungan tanpa komunikasi yang baik. Masing-masing memendam, menyimpan dan kemudian akhirnya langsung tiada komunikasi.

Dua-dua amik langkah berdiam. “Silent treatment” katanya. Yang mana sebenarnya ia jadi “silent killer” kepada hubungan itu. Perlahan-lahan tanpa sedar.

Komunikasi ni ibarat jantung kepada sesebuah perhubungan. Takde jantung, kita matikan? Macam tu lah juga satu perhubungan, tanpa komunikasi, perhubungan itu akan mati.

Sering atau acapkali akan ada soalan. “Kalau saya je yang nak berbincang, pasangan tak nak macam mana?” Baiklah. Kita semua juga pernah lalui situasi macam ni.

Kita tahu masa bila pasangan kita ok ke tak ok. Takkan sepanjang masa kita bertengkar kan. Jadi, masa tengah ok, masa tu cari tangan dia, pegang. Mulakan dengan minta maaf. Mesti, mesti mulakan dengan maaf.

Kemudian, ajak dia pandang mata kita, mulakan pula dengan tanya apa yang dia tak selesa dengan kita. Bukan bagitau apa yang kita tak selesa. “Sayang, boleh tak share dengan saya, selama ni, apa yang awak tak happy dengan saya. Saya nak baiki.”

Pastu dia cakap la kan. Kalau dia cakap takde apa, takpe. Jangan paksa dulu. Baru nak mula kan. Tanya dia pula, “Boleh tak saya nak kongsi, apa yang kita sama-sama boleh baiki?” Baru cakap secara baik, apa isu atau konflik yang kita nampak.

Sekali lagi, ucapan maaf mesti sentiasa diselang selikan sepanjang sesi perbincangan hati ke hati ni. Mesti! Kerana ungkapan maaf umpama magik yang sangat membantu melembutkan hati.

Mulakan sikit dulu. Elakkan berjela-jela sampai trigger kemarahan pula. Andaikata dah rasa bunga-bunga ammarah tu, cepat-cepat buat deep breathing. Buat sampai dapat rasa tenang dan rasional, baru mula semula.

Akhiri perbincangan dengan pelukan. Minimum pelukan 2 minit. Untuk kita saling bertukar cas positif dan negatif dalam diri kita dan dia. Dan kembali memulakan hubungan dengan nafas baru yang bahagia.

Cakap senanglah. Kau tak tau laki atau isteri aku macam mana. Huhu. Kawan-kawan pun tak tau macam mana agresifnya saya dan suami sebelum-sebelum ini bila bertegang. Kami dah laluinya, dan Allah sayang kami. Allah izinkan kami menjadi seperti hari ini.

Sebab itu, dengan yakin dan pasti, kawan-kawan mesti boleh buat juga. Nak baiki rumahtangga ni, wajib kita berusaha sehabisnya. Kerana rumahtanggalah asbab kita ke syurga atau neraka. Yakinlah seyakinnya dengan cinta dan kasih sayang Allah pada kita.

Berjuanglah kita sehabisnya. Demi diri kita dan dia (suami/isteri) juga seluruh keturunan kita, dengan lajunya menuju cahaya yang membawa kita kepada jambatan sidratun muntaha dan seterusnya kekal abadi di syurga bersama.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart