Redha pada jodoh yang diaturkan Allah, semua adalah perjalanan rezeki yang ditetapkan

Kahwin itu adalah rezeki, tapi kalau Tuhan belum berikan sebarang petunjuk untuk berkahwin, itu juga adalah rezeki.

“Rezeki itu adalah bukan bila mana anda dapat apa yang anda nak, tapi apa yang anda terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”

Sebab ramai kawan-kawan penulis yang masih bujang. Dan ada daripada mereka, yang kami membesar sama-sama, dan sehingga umur ini, mereka masih belum punyai peluang untuk bercinta dan berkahwin.

Kerja masing-masing bagus. Ada yang jadi cikgu, pensyarah, jurutera , tentera, malah ada juga yang sampai sekarang power betul jalankan perniagaan. Tapi hingga hari ini, masih belum punyai sesiapa sebagai someone special.

Sebab rezeki jodoh itu bukannya ia akan datang bila kau sudah ada pekerjaan yang bagus. Bukan pada pangkat dan harta. Bukan juga rupa paras yang elok. Tapi bila Tuhan itu tahu kondisi yang anda sudah bersedia untuk mendapat rezeki ini.

Tapi tak bermakna bila anda sudah berkahwin kelak, anda akan dapat rezeki tu sepenuhnya. Belum tentu.

Ada orang kahwin masa muda, tak lama kemudian Tuhan berikan dia ujian, pasangan dia ini, perangai tak sama sebelum dan selepas kahwin, dia tak tahan, dan dia mengambil jalan yang berbeza. Rezeki dia takat tu je.

Ada orang tunang dah lama, tunggu punya tunggu, tak jadi ke gerbang perkahwinan. Maknanya, rezeki dia takat tu je.

Dan ada orang dia baru je berkahwin, sehari, dua hari, tiga hari, tetapi pasangan yang dia sayang, Tuhan ambil. Sekejap je Tuhan beri dia rezeki ini.

Atas sebab itu, rezeki ini adalah bila mana kau terima dengan ikhlas, setiap apa yang Tuhan sudah berikan.

Tak kahwin juga adalah rezeki.
Berkahwin juga adalah rezeki.
Dan selepas kahwin, dapat pasangan yang menguji juga adalah rezeki.

Rezeki itu adalah bila mana anda redha, ikhlas dan terima setiap apa aturan yang Tuhan aturkan untuk anda selama mana anda hidup.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top