7 Design Mas Kahwin Yang Menarik & Cara Buat Gubahan Sendiri (2023)

Salah satu dari rukun nikah adalah ijab dan qabul atau dikenali sebagai akad. Dalam akad itu termasuklah sekali mas kahwin yang perlu diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Sungguhpun Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin tetapi Jabatan Agama Islam setiap negeri dalam negara kita ada meletakkan jumlah minimum yang perlu dibayar yang tidak membebankan pengantin.

Jika dulu mas kahwin biasanya diberikan sahaja kepada pengantin wanita namun hari ini mas kahwin sudah melalui satu perubahan yang ketara dari segi design mas kahwin itu sendiri yang lebih menarik dan cantik.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa jenis design mas kahwin terkini bagi tahun 2023 untuk bakal-bakal pengantin di luar sana buat pilihan dan perbandingan yang terbaik dan sesuai.

Jenis design mas kahwin dan cara untuk membuat

Kebanyakkan para pengantin memberikan mas kahwin dalam bentuk wang ringgit berbanding dinar emas ataupun Al-Quran. Justeru itu, berikut ini kami kongsikan kepada anda jenis design mas kahwin dalam wang ringgit dan cara pembuatannya.

1. Ala sirih junjung

Sireh junjung merupakan antara elemen tradisi yang sudah sebati dalam perkahwinan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Sirih junjung yang dimodenkan, ia boleh menjadi salah satu dari design mas kahwin di mana dalam dulang hantaran, sireh junjung akan digubah bersama-sama bunga, daun, dan mas kahwin.

Kebiasaannya untuk membuat gubahan mas kahwin ala sireh junjung, wang kertas akan digulung bersama dengan lidi untuk membentuk kon dan diselit di antara gubahan siren junjung ini.


2. Gubahan bentuk kotak

Gubahan design mas kahwin dengan menggunakan kotak dilihat begitu unik dan memudahkan berbanding yang lain kerana ia boleh dibuat sendiri dengan teknik yang minimum.

Kotak boleh didapatkan di mana-mana kedai kraf dengan harga sekitar belas ringgit mengikut saiz yang diperlukan. Caranya mudah sahaja dengan tentukan berapa jumlah duit kertas yang perlu digubah di dalam kotak.

Kemudian beli kotak mengikut saiz yang sepadan dengan jumlah wang kertas. Susun wang di dalamnya menjadi bentuk bunga atau melipatnya secara bergulung. Pastikan juga gaya gubahan dipilihan muat dan tidak nampak serabut sangat apabila dihias nanti

Hiasan di luarnya pula, anda boleh hias mengikut kreativiti masing-masing seperti menggunakan reben, manik, bunga-bunga kecil, atau sebagainya.


3. Gubahan dari bingkai gambar

Design mas kahwin juga antara gubahan mas kahwin yang popular dalam kalangan pengantin hari ini. Menarik tentang frame gambar ini, ia tidak memerlukan hiasan yang begitu rumit dan banyak kerana ruangannya terhad.

Biasanya, harga bingkai gambar boleh dibeli dengan harga bermula belas-belas ringgit hingga puluh-puluh ringgit, bergantung kepada reka bentuknya.

Cara design mas kahwin dalam bingkai yang boleh dibuat adalah sama ada meletakkan gubahan wang tersebut di tengah-tengah bingkai atau disekeliling bingkai.

Mengenai cara untuk mengubah wang kertas ini pula ia boleh digubah secara bergulung lalu menyusunnya rapi, atau jenis lipatan-lipatan yang lebih unik seperti rama-rama, daun, bunga, atau sebagianya.


4. Ukiran dari akrilik

Siapa kata gubahan design mas kahwin tidak boleh menampilkan nilai estetika yang digabungkan bersama tema nusantara.

Jika dilihat, gubuhan ini hampir serupa dengan mas kahwin dalam bingkai gambar. Namun istimewanya ini, mas kahwin berbentuk replika sesuai diletakkan di meja televisyen di rumah atau rak-rak buku yang ada.


5. Jambangan mas kahwin

Jambangan bunga sangat dekat dikaitkan dengan nilai romantik khususnya bagi para mempelai. Ia simbolik untuk menzahirkan rasa kasih sayang, kecintaan, dan keharmonian dalam sesebuah hubungan.

Bezanya jambangan bunga biasa dan jambangan bunga mas kahwin, bunga yang biasa menjadi elemen penting akan digantikan dengan lipatan wang kertas seakan-akan seperti sekuntum bunga yang menarik.

Daun-daun plastik pula akan menjadi hiasan yang diletakkan disekeliling bunga ini untuk memberikan rasa “hidup” dan “real.”


6. Lipatan wang

Teknik lipatan yang pelbagai memberikan nilai tambah bagi gubahan design mas kahwin yang lebih menarik dan kreatif.

Biasanya untuk melipat dan menggubah wang kertas ini, peralatan yang diperlukan adalah seperti span, pelekat, dawai halus, gabus, reben, manik, dan bunga plastik.

Wang kertas akan dilipat-lipat membentuk rupa yang menggambarkan sesuatu tema yang kita mahukan.


7. Album mas kahwin

Mungkin tidak ramai pengantin yang menggunakan gubahan design mas kahwin dengan menggunakan album, namun bagi sesetengah yang suka akan tema klasik ini ianya cukup memberi nilai sentimental yang tinggi.

Mas kahwin berbentuk wang ringgit tersebut tidak akan dilipat, digulung, mahupun dijadikan bentuk-bentuk yang lain sebaliknya hanya diletakkan seperti sekeping gambar dalam album kahwin.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai design mas kahwin ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan semasa persediaan majlis perkahwinan nanti.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart