Hilang 50kg lepas amal 2 jenis diet, lihat hasil wanita ini yang sungguh memeranjatkan!

Mendapatkan berat badan yang ideal merupakan impian semua orang tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Dengan mengamalkan gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat, kita boleh mendapatkan berat badan yang diidamkan tanpa sebarang kerisauan. Jika mahu hasil yang mengagumkan,kita haruslah konsisten mengamalkannya.


Seperti Syaidatul Shima Saayah, dia telah berjaya mendapatkan berat badan yang dimahukannya melalui cara diet Atkins dan kemudiannya cara Diet Suku Suku Separuh pula.

Saya mula dgn 114kg

turun ke 74kg

naik semula ke 83kg

turun semula ke 60kg

Tinggi 152 cm

Mula umur 18 tahun dan kini saya 24 tahun

Ingat,kalau dah mula,habiskan..kalau letih rehat,bukan berhenti..selagi masih ada nafas maksudnya kita masih diberi peluang..lalui hari-hari dietmu dgn indah..kalau failed harini,esok cuba lagi..


Mula dengan atkins,dan sekarang Diet Suku Suku Separuh untuk ke ideal dan seterusnya fasa maintain💪🏻

Bermula dengan 114kg

Kini sudah mencapai 60kg

Buat anda yang masih keliru apa itu diet atkins, ia merupakan sejenis gaya pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.


Dengan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga dan mengurangkan lemak dalam badan anda.


Diet suku suku separuh pula merupakan amalan pemakanan seimbang yang lengkap dalam setiap hidangan yang kita nikmati dalam jumlah yang sepatutnya seperti nasi, sayur-sayuran, buah-buahan serta ikan atau ayam.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart