Jimat! Hanya guna tisu, dah boleh buat bunga pelamin yang nampak cantik dan mewah

Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga atau saudara-mara bakal mendirikan rumahtangga, mesti fikirkan bajet untuk hiasan hantaran juga kan? Tak perlu guna bahan-bahan yang mahal dimana hanya perlu menggunakan tisu sahaja dan boleh jadi hiasan bunga. Macam mana? Jom ikut cara ini.

TUTORIAL BUNGA TISU

Minggu cuti sekolah ni, mesti ada kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga mahligai cinta istana bahagia.. Sapa sapa yang suka ber-DIY jom kita buat bunga tisu untuk majlis indah kalian nanti tu.


BAHAN-BAHAN:

Tisu kotak ( cikloo guna tisu yang 3 lapis)

Gunting

Jarum dan benang / dawai bunga

CARA-CARANYA:

1) Keluarkan 3 keping tisu, susun.. Jadilah 9 lapisan tisu

(Andai tisu yang kita beli tu bersaiz empat segi sama.. potong sedikit di bahagian tepi supaya dapat saiz 4 segi tepat yaa.. Bila buat bunga guna saiz 4 segi sama bunga tak berapa kembang).

2) Boleh lipat tisu tadi macam nak buat kipas kertas tu
( lipat mulakan dari saiz yang pendek yaa).

3) Siap lipat, ambik benang jahit di tengah tengah tisu tadi hingga kemas yaa
( Andai nak buat bunga telur, wajib guna dawai bunga tu ya kawan kawan untuk mengikat tengah tengah tisu tu).


4) Kemudian, potong di kedua dua hujung menjadi bentuk U ataupun bentuk /

5) Boleh, di buka kuntuman dengan perlahan lahan dengan kasih sayang yaa.. tisu lembut kann nanti kasar kasar terkoyak pulak ia.


6) Siap.. bolehlah di hias kat mana mana ikut kekreatifan anda yaa.. Wat proop bergambar ke, hiasan hantaran tunang, kawen uolss nanti.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top