Viral conteng mural pemimpin negara, Ini ayat ‘makan dalam’ Tengku Permaisuri Agong

Sadis! Hasil kerja mural gambar barisan hadapan menteri yang dilakarkan awal bulan Julai lalu oleh anak muda di Taman Cahaya Alam, U12, Shah Alam telah diconteng oleh dua individu tak bertanggungjawab dipercayai perempuan, aduhai!


Lebih teruk lagi, perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham. Dari kejadian tersebut, pelukis tampil meminta maaf kerana tiada lagi mural kebanggaan menghiasi dinding serta mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong bakatnya.

Permaisuri tampil bersuara…

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila Permaisuri, Tunku Azizah Aminah bersuara tentang isu ini menerusi laman Instagram miliknya.


Apa yang disuarakan adalah “semoga Allah SWT yang membalasnya,” dengan memuat naik beberapa keping gambar mural yang telah diconteng.

Tak cukup dengan itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam ciapannya di Twitter, menggesa pihak berkuasa untuk menangkap mereka yang terlibat itu.


“Tangkap segera orang yang terlibat rosakkan mural dinding ini. Tidak kira siapa terlibat, vandalism seteruk ini sangat tidak kena kepada adab,” katanya.


Hm, kalau tak dapat memberi manfaat pada orang lain atau menyumbang apa-apa, janganlah merosakkan hasil seni orang lain, okay? Jadilah rakyat Malaysia yang optimis.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart