“Ada Bentuk Kipas, Ada Juga Tirus Macam Hujung Pensel,” Jom Kenali 10 Jenis Berus Solekan Serta Fungsinya

Zaman sekarang, tidak perlu bersusah payah untuk dapatkan khidmat make up artis atau jurusolek semata-mata untuk menyolekkan diri kita. Dengan kecanggihan teknologi tanpa sempadan, kita sebenarnya boleh mempelajari ilmu asas solekan di media sosial sahaja. Lambakan video review dan tutorial yang dimuat naik oleh influencer atau jurusolek profesional sendiri secara tidak langsung sedikit sebanyak boleh memberikan pendedahan yang berguna dan percuma. Sebelum mula bersolek, jom kita kenal dulu perkara asas yang penting dalam membezakan jenis berus solekan.
Jenis berus solekan & fungsinya yang perlu anda tahu
Antara stippling, fan, contour, dan angled jenis berus solekan yang mana satu sesuai untuk dikenakan dalam produk solekan kita? Ini adalah 10 panduan yang tepat untuk kita kenal jenis dan kegunannya.
1. Berus berbentuk kipas
Berus berbentuk kipas juga dikenali dengan fan brush oleh kerana rekaan dan bentuk berusnya seakan-akan kembang seperti kipas. Fungsi utamanya adalah untuk menonjolkan tulang pipi.
Biasanya, berus berbentuk kipas muncul ketika touch up terakhir untuk merapikan atau membersihkan lebihan solekan. Bulu kambing yang bersifat halus dan ringan ini mampu memberikan kesan rata pada bedak highlighter di sekitar tulang pipi.
Disamping itu, jenis berus solekan ini boleh juga digunakan untuk meratakan setting powder di bawah mata sebelum membuat solekan tebal di sekitarnya.
2. Berus bedak
Berus powder biasanya mempunyai saiz batang yang agak panjang dan bulu yang tebal. Ia digunakan untuk meratakan loose powder. Selalunya ketika memakai bedak di wajah pasti ada kesan-kesan debu lebihan yang mengurangkan wajah licin murni.
Gunakan sahaja berus powder untuk menjadikan kulit wajah benar-benar sekata dengan bedak. Sebagai alternatif juga ia akan bertindak ketika memerahkan bahagian pipi dengan blusher.
3. Berus pemerah pipi (debu)
Hampir sama dari segi bentuknya dengan berus bedak namun jenis material yang digunakan sedikit berlainan. Berus pemerah pipi biasanya diperbuat daripada fiber semula jadi untuk untuk memerangkap debu di wajah.
Hasilnya, ia memberi perincian warna dan blending yang cukup kemas khususnya kawasan sekitar tulang pipi. Tips untuk yang sedang memilih berus pemerah pipi, anda boleh cari berus yang sedikit serong bukannya menegak. Hal ini untuk memudahkan lanyangan pemerah pipi lebih kemas dan tidak nampak setompok sahaja.
4. Berus kontur
Berus contouring sedikit condong untuk memudahkan kita membuat bentuk tulang pipi dengan warna yang lebih gelap sedikit. Solekan cara ini memainkan perubahan yang ketara pada dimensi atau bentuk muka wajah seseorang.
Jadi tidak hairan, kadang kala kita lihat orang A mukanya bulat semangkuk, tetapi bila beberapa hari terserempak muda pula macam anak dara. Berus kontur ini sangat unik sekali.
5. Berus penyamar noda
Langkah akhir sebelum menyapu bedak di wajah, kita boleh menggunakan berus penyamar noda untuk menutup segala noda, cela jerawat, atau hitam bawah mata yang ada. Jadi, apabila sapuan bedak nanti ia boleh rata dan rapi menyeluruh ke seluruh celahan-celahan muka tanpa terkecuali.
Bentuk berusnya yang panjang dan leper ini memang berfungsi memudahkan dan menghilangkan cela menggunakan concealer.
6. Berus blending pembayang mata
Kelopak mata lebih terserlah dengan membuat sentuhan lembut menghilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata.
7. Berus penggaris mata
Untuk membuat garisan di sekeliling mata, berus penggaris mata adalah berus yang paling tepat. Malah di saat kecemasan, berus ini juga boleh mengantikan tugas berus bibir untuk kepaduan bibir yang menyerlah.
8. Berus pembayang mata bersudut
Berus pembayang mata bersudut sesuai digunakan sebagai pembayang mata. Fungsinya untuk membentuk smokey eyes yang lebih menonjolkan warna-warna gelap dan bold yang memberikan kesan dramatik.
9. Berus solekan kening condong
Secara umumnya, berus kening mempunyai dua jenis. Pertama berus untuk meratakan lukisan pada kening dengan hasil yang penuh. Manakala kedua adalah untuk meratakan arah kening supaya ia kelihatan lebih tersusun pada satu arah sahaja.
10. Berus bibir
Penggunaan berus bibir untuk meratakan olesan gincu pada bibir mampu memberikan warna yang padat. Bulu pada berus bibir sangat pendek berbanding jenis berus solekan yang lain.
Semoga tips yang diberikan ini dapat memudahkan anda memilih dengan tepat jenis berus solekan berdasarkan cara solekan yang anda gemari. Jangan lupa jaga kebersihan berus solekan anda selalu untuk elakkan dari jangkitan kuman.