Bengang nama tidak disebut ketika terima anugerah, suami youtuber masakan direman 3 hari

Pasangan suami isteri yang popular menerusi aksi memasak di saluran perkongsian video YouTube akan berehat sementara untuk memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi mereka.


Sehubungan itu, mereka tidak akan meneruskan penglibatan aktiviti dengan mana-mana pihak atau program selama beberapa minggu ini.

Ahli keluarga terdekat pasangan itu berkata, pasangan terbabit meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi yang dihadapi mereka.


Menurutnya, mereka juga membuat keputusan untuk berehat sementara waktu dan tidak akan muncul dalam sebarang program.

“Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang,” katanya yang enggan mendedahkan nama.

Polis sedang menyiasat dakwaan YouTuber masakan terkenal, S.Pavithra yang dipukul oleh suaminya, M.Sugu.


Menurut sumber, insiden itu berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh pada Selasa.


“Mangsa sedang melawat saudaranya yang sedang ditahan di wad.


“Suaminya, dipercayai sedang mabuk pada waktu itu dan berlaku pergaduhan dan memukulnya,” ujar sumber.
Tambahnya, lelaki itu turut membawa sebilah sabit ke hospital.

“Pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin,” ujarnya lagi.


Terdahulu pada Isnin, Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.
Sewaktu dihubungi, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan penahanan lelaki itu.

“Kami sedang menyiasat kes ini,” ujarnya.


Sementara itu, Mahkamah Majistret mengarahkan perintah reman tiga hari ke atas suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top